You are currently viewing VSL Skincare Mengandungi Racun Berjadual?

VSL Skincare Mengandungi Racun Berjadual?

VSL Skincare siapa tak kenal? 2 produknya telah disenaraikan dalam senarai produk yang diharamkan oleh KKM pada 23th May 2019.

Sebelum ni ada beberapa orang tanya admin, tapi admin terlupa nak senaraikan.

2 produk VSL Skincare dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Hydroquinone.

VSL Skincare
Sumber gambar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Nasihat admin, berhenti guna dan dapatkan rawatan daripada Doktor segera. Tukarlah kepada produk yang mempunyai HALAL JAKIM dan LAB TEST atau guna sahaja skincare di Drugstore/Pharmacy.

Mempunyai NOTIFIKASI KKM atau NO. Pendaftaran (Bukan kelulusan ya kerana KKM tidak pernah keluarkan kelulusan untuk produk kosmetik) bukanlah jaminan bahawa produk tersebut selamat.

Buktinya? Lihatlah Senarai Penuh Produk Kecantikan Yang Diharamkan KKM ini.

Semuanya pernah claim “lulus KKM”.

Pastikan anda berhenti pakai kerana pada mulanya, anda akan berasa tiada apa-apa kesan, tetapi bahan beracun ini akan memberikan kesan buruk untuk jangka masa yang lama.

Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi tompok-tompok hitam setelah terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.

MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Terdapat 10 lagi produk yang disenaraikan oleh KKM. Lihat senarai dibawah:

Ada yang diantaranya dikesan mempunyai racun berjadual sampai setahun 2-3 kali.

Kenapa boleh jadi macam ni?

…kerana ada permintaan daripada pengguna juga.

Biar tak cantik janji sihat,
Jangan cantik,
Buah pinggang cuci sana sini,
tebuk sini sana..


Jadilah pengguna bijak.

Jika anda inginkan kulit yang cantik glass skin seperti artis korea, anda boleh cuba 6 Cara Mendapatkan Kulit “Glass Skin” ala K-Beauty Secara Semulajadi!

close

15% diskaun,
percuma penghantaran
🎁

Masukkan emel anda untuk dapatkan 15% diskaun dan percuma penghantaran!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Eli

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!

This Post Has 3 Comments

  1. Nor

    Admin carikan mylara skin care, sebab rasa was was pula, dengan krim kemboja

  2. Anna

    Qianzi. Hexapeptid Multiple repair firming serum…adakah selamat digunakan?

Leave a Reply