Terma & Syarat

A. Perkhidmatan Domain Name, Coding, Customization, Pembinaan Website & Web Server Hosting

Xhanxeli Network berhak menamatkan segala kontrak dan perkhidmatan dengan mana-mana Syarikat atau individu yang telah melanggar syarat-syarat dibawah:

  1. Menggunakan plugin “null”, aplikasi dan perisian yang mengandungi virus, malware, trojan dan sebagainya yang dapat memudaratkan prestasi server serta merisikokan akaun Syarikat Xhanxeli Network di Amazon, Google & Syarikat provider yang lain.
  2. Membuat email blasting kepada senarai email yang di “scrap” menggunakan perisian tertentu atau kepada email yang tidak melanggan sebarang langganan “Newsletter” anda di website.
  3. Melakukan spam blasting samaada menggunakan email, perisian atau plugin WhatsApp/Telegram dan lain-lain, “mining crypto”, judi online, video lucah, streaming video cetak rompak, menyediakan perhidmatan muat turun seperti plugin null, games crack dan melakukan “phishing” di website.
  4. Menyimpan bahan bahan lucah seperti video, gambar dan juga dalam bentuk media yang lain.
  5. Mendedahkan maklumat penting seperti ip address server anda kepada umum yang dapat merisikokan pengguna lain seperti serangan “DDOS” dan lain-lain.
  6. Setelah penyerahan atau “handover” dibuat, pelanggan hendaklah menyemak dalam tempoh User Acceptance Testing (UAT) iaitu 3 hari waktu bekerja kerana selepas tempoh UAT itu jika terdapat masalah yang berlaku, kami pihak Xhanxeli Network tidak akan bertanggungjawab. Caj tambahan akan dikenakan bagi menyelesaikan masalah yang timbul selepas tempoh UAT.
  7. Segala pengubahsuaian hendaklah diberi “briefing” yang lengkap dan tepat. Jika terdapat bahagian yang tertinggal atau terlupa diberitahu semasa “briefing”, pihak kami Xhanxeli Network tidak akan bertanggungjawab terhadap bahagian yang tidak diberitahu. Kami hanya melakukan pengubahsuaian mengikut kehendak pelanggan semasa waktu “briefing” sahaja.
  8. Support untuk web server hosting dilakukan minimum 10 minit dan maksima 5 jam bergantung pada pelan support yang pelanggan bayar. Layanan atau bantuan tanpa pelan support adalah mengikut budi bicara pihak kami iaitu Xhanxeli Network sahaja.
  9. Naik taraf dan kemaskini perisian dan hardware web server hanya dilakukan pada hujung minggu atau mengikut pelan support yang mempunyai “Ad-Hawk” support sahaja.
  10. Segala kerja naik taraf dan kemaskini akan bermula pada jam 12 tengah malam, minimum 10 minit dan maksima 5 jam.
  11. Tiada sebarang refund akan diberi setelah kerja pengubahsuaian atau “Customization”, membina website, web server hosting dan pembelian domain name.
  12. Pelanggan hendaklah menjelaskan invois sebelum tarikh tamat(due date). Sebarang “extended time” atau “grace period” akan diberikan mengikut budi bicara pihak kami.
  13. Sebut harga atau “Quotation” sah sehingga minimum 7 hari atau maksima 30 hari sahaja. Selepas “due date” sebut harga tersebut, segala harga adalah tidak sah dan anda perlu memohon sebut harga semula.
  14. Pihak Xhanxeli Network tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian jika laman web anda diblock oleh Internet Provider, agensi kerajaan dan sebagainya.
  15. Sebarang langganan yang tamat tempoh mempunyai tempoh penangguhan (grace period) selama 7 hari. Selepas 7 hari langganan tersebut akan dipadam 100%. Tiada backup selepas grace period ini.
  16. Tiada cukai yang dikenakan bagi perkhidmatan Xhanxeli Network tetapi terdapat cukai dikenakan bagi penggunaan perkhidmatan 3rd party seperti:
    – Amazon Web Services (Lightsail, EC2, AmazonSES dan lain-lain)
    – Plugin WordPress, Plugin Add-on WooCommerce, Extension OpenCart, Extension Magento dan lain-lain.
    – LiteSpeed Enterprise
    – CyberPanel Web Bundle
    – dan lain-lain yang dinyatakan dalam invoice.

B. Perkhidmatan Pemasaran Seperti Facebook Ads, Google Ads, Tiktok Ads, Blogging, SEO & lain-lain.

  1. Pelan pemasaran mengikut pakej yang diberi melalui sebut harga atau “Quotation” atau invois sahaja.
  2. Tiada sebarang refund akan diberikan setelah pembayaran dibuat atau semasa iklan dijalankan atau selepas “budget” pengiklanan habis.
  3. Segala bahan bahan pengiklanan seperti video, gambar dan media yang lain adalah hak milik pelanggan. Anda boleh gunakan selepas tamat kontrak atau tamat perkhidmatan dengan kami.
  4. Perkhidmatan SEO minimum adalah 3 bulan dan maksima adalah 1 tahun. Tiada jaminan bagi kedudukan atau “Ranking” pertama di page pertama di enjin carian seperti Google, Bing dan lain-lain. Segala keputusan adalah bergantung pada Enjin Carian.
  5. Kerja-kerja SEO tamat setelah kata kunci yang diberikan pelanggan disenaraikan di dalam Google Search Console. Pelanggan boleh melihat laporan didalam Google Search Console.
  6. SEO yang dilakukan adalah mengikut invois atau sebut harga yang diberikan kepada pelanggan. Selain daripada itu, caj tambahan akan dikenakan.
  7. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya akaun pengiklanan anda seperti Facebook Ads, Google Ads dan lain-lain telah di “block” atau di tamatkan perkhidmatan.
  8. Kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan undang-undang daripada pihak lain jika bahan pemasaran digunakan adalah kepunyaan pihak lain kerana kami akan memberikan terlebih dahulu kepada pelanggan untuk membuat semakan untuk setiap bahan pemasaran yang akan digunakan.
  9. Pengiklanan di Blog xhanxeli.com adalah tertakluk pada terma dan syarat kami iaitu:
    – Kami tidak menerima segala iklan lucah, judi online dan sebagainya.
    – Iklan hanya ditempatkan di dalam artikel, di bahagian “widget” atau “sponsored article”
    – Tiada iklan misleading atau overclaim dibenarkan terutama berkaitan dengan kesihatan.
    – Iklan berbentuk politik, anti-vaksin, anti-perubatan dan sebagainya tidak dibenarkan.
    – Iklan menggunakan ayat-ayat agama juga tidak dibenarkan.
    – Skim cepat kaya, MLM dan sebagainya juga tidak dibenarkan.
  10. Tiada cukai dikenakan bagi pengiklanan di blog xhanxeli.com tetapi cukai dikenakan bagi perkhidmatan 3rd party seperti:
    – Facebook Ads
    – Google Ads
    – Twitter Ads
    – Linkedin Ads
    – TikTok Ads

Perhatian: Pihak Xhanxeli Network berhak menukar atau mengemaskini terma dan syarat ini pada bila bila masa.

Telah dikemaskini pada 28 June 2021

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions