glass skin

6 Cara Mendapatkan Kulit “Glass Skin” ala K-Beauty Secara Semulajadi!

Istilah “glass skin” berasal dari sektor penjagaan kulit Korea, yang dikenali di seluruh dunia sebagai K-Beauty.

Ia merujuk kepada kulit yang bercahaya dan berembun tanpa penampakan liang pori yang jelas.

Halus dan sempurna, seperti kaca.

Korean Glass Skin
Glass skin menjadi idaman setiap wanita di Malaysia kini.

Anda tidak perlu pergi ke Korea untuk mendapatkan glass skin yang sangat cantik.

Anda hanya perlu melakukan rutin penjagaan kulit semula jadi yang sangat berbeza dan lebih mendalam lagi daripada rutin penjagaan kulit biasa iaitu Cleanse, Toner & Moisturizer (Pelembap).

Dia takkan jadi hanya dalam 1 malam tetapi dia tetap akan jadi lama-lama jika anda konsisten.

Secara amnya, anda akan mula melihat wajah glass skin baru anda muncul sekitar dua minggu.

1. Cuci kemudian cuci lagi.

Yes, double cleansing tapi tidak boleh berlebih-lebihan kerana liang pori anda akan kelihatan besar. Anda perlu berhati hati supaya anda tidak menanggalkan kulit anda dan biarkannya tanpa perlindungan.

Cleanser pertama, anda boleh gunakan cleanser jenis milky. Cleanser kedua, gunakan jenis cleanser yang berbuih dan pastikan ianya sesuai dengan pH level kulit anda.

2. Menggilap dengan lembut.

Cara ini adalah sesuatu yang akan anda lakukan hanya dua atau tiga kali seminggu. Pastikan kulit anda sekarang sangat bersih kemudian sapukan exfoliator semula jadi.

Buat gerakan bulat untuk menggilap permukaan kulit. Beri perhatian khusus pada kawasan seperti di sekitar dagu dan rahang anda serta liang pori terbuka yang terdedah kepada blackhead.

3. Tone, tone, tone dan tone (Penyegaran)

Pakar penjagaan kulit Korea mencadangkan anda menganjalkan kulit anda beberapa kali, membiarkan toner pada kulit anda selama beberapa saat untuk setiap semburan.

Penyegaran (Toner) harus dilakukan semasa wajah anda masih lembap selepas cuci muka, kerana anda perlu memasukkan hidrasi ke dalam kulit sebanyak mungkin sebelum menutupnya dengan pelembap.

Ulangi empat atau lima kali. Kulit anda akan terasa seperti berisi air sebanyak 1 gelas.

4. Sapu serum atau Essence

Walaupun kulit anda masih lembap selepas penyegaran (toner), sapukan essence atau serum.

Kaedah terbaik untuk menggunakan serum atau essence adalah dengan meletakkan dua atau tiga titis di telapak sebelah tangan, gosokkan kedua telapak tangan kemudian tekan serum / essence ke seluruh wajah anda.

Jangan terlalu dekat dengan mata dan bibir mulut anda.

5. Pelembap

Pelembap mempunyai tugas untuk mengunci penghidratan iaitu untuk menjadikan kulit anda kelihatan lembap dan cantik. Malah kulit berminyak memerlukan pelembap. Sebenarnya, kulit berminyak boleh menjadi lebih berminyak jika anda tidak menggunakan pelembap sebagai sebahagian daripada rutin anda.

Pengeluaran minyak yang berlebihan boleh menjadi cara kulit anda untuk melindungi diri. Pilih pelembap yang dibuat dengan 100% bahan semula jadi. Selepas cuci, penyegaran(toner) dan serum, kulit anda perlu menyerap nutrien.

6. Perlindungan Matahari

Ya, anda memerlukan sunscreen terbaik untuk melindungi kulit anda daripada kusam dan membantutkan proses “glass skin” kulit anda. Gunakan pelembap semulajadi dengan PA+++ atau PA++++ untuk melindungi kulit anda dari Sinar UVA & UVB.

Bonus!

Cara paling terbaik adalah….

Jangan lupa banyak minum air suam.

Badan kita memerlukan air sekurang kurangnya 2 liter setiap hari.

Kulit anda memerlukan air yang banyak lebih lebih lagi jika cuaca anda panas. Kulit anda perlu sentiasa lembap dan pastikan anda tidak terlupa minum air 2 liter setiap hari!

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions