Skin Dessert Bahaya! Founder Kantoi Menipu?

cara nak tahu produk ada merkuri

Skin Dessert bahaya? Sebelum ni posting saya di Skin Dessert by Dolly Bahaya Ke Tidak? Baca ni! memberi amaran tentang ciri-ciri produk beracun dan ternyata produk Skin Dessert Cream ini mengandungi Merkuri.

Perkara ini telahpun disahkan oleh NPRA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri melalui hebahan media dan makluman produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Anda boleh lihat sendiri dibawah:

skin-dessert-683x1024 Skin Dessert Bahaya! Founder Kantoi Menipu?
Makluman Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual Oleh KKM

Ramai juga yang komen tanya pendapat adakah produk ni boleh dipakai atau tidak? Jawapan saya, saya tidak akan pakai walaupun ada komen mengatakan produk ini mempunyai Lab Test.

Balik kepada asas pemilihan produk seperti saya tulis sebelum ini:

Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo, Jangan terkejut dengan No.5!

  1. Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
  2. Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Skin Dessert by Dolly tu.
  3. Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
  4. Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
  5. Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
  6. Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.

Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?

Inilah dia krim timbang kilo!

krim-timbang-kilo Skin Dessert Bahaya! Founder Kantoi Menipu?
Berwarna warni dalam bekas 5g kebiasaannya
produk-timbang-kilo-1-1024x576 Skin Dessert Bahaya! Founder Kantoi Menipu?
Krim timbang kilo dijual ikut berat per kilo (kg)

Walaupun ada bukti lab test pun tetapi ciri-ciri produk tersebut adalah sama seperti ciri-ciri diatas, elakkan membeli dan menggunakannya.

Founder Kantoi Menipu?

Kami ada baca di komen posting page Founder Skin Dessert dan ada yang mengadu bahawa mereka dapat produk yang telah disenarai hitamkan tapi hanya ditutup dengan sticker sahaja. Berikut adalah beberapa screenshot dan video dari posting tersebut.

fbskindessert Skin Dessert Bahaya! Founder Kantoi Menipu?

Alasan mereka adalah produk itu produk FAKE? Ya inilah alasan biasa diguna oleh Founder bila produk mereka didapati mengandungi bahan racun. Apa pendapat anda? Anda nilaikanlah sendiri.

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!