Potong Kuku Ikut Sunnah Rasulullah

Potong Kuku Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Potong kuku ikut sunnah Rasulullah S.A.W dapat memberikan kita ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. Memotong kuku juga mempunyai kaedah dan adabnya. Selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar.

Potong Kuku Ikut Sunnah

 

Eloklah dibuang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah. Bukannya didalam tong sampah walaupun tong sampah itu bersih sekalipun. Jom ikuti cara potong kuku ikut Sunnah Rasulullah seperti dibawah:

  1. Mulakan potong kuku dengan membaca Bismillah dan selawat keatas Nabi.
  2. Potong bermula dari jari telunjuk sebelah tangan kanan sampai habis.
  3. Kemudian sambung dari jari kelingking sebelah tangan kiri hingga ke ibu jari tangan kiri.
  4. Akhir sekali ibu jari tangan kanan.
  5. Dibahagian kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sehingga kelingking kaki kiri.

Itulah cara potong kuku ikut Sunnah Rasulullah S.A.W yang paling kuat dipegang selama ini walaupun terdapat banyak khilafnya.

Dari Anas bin Malik bermaksud:

Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.

Riwayat Muslim

Menurut Imam Shafie: Sunat hukumnya memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.

Riwayat Ahmad

Walaupun tidak ada hadis sohih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu, tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadah sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Puasa dah nak dekat, jom baca Niat Puasa Sebulan & Harian Oleh JAKIM

Credit: Kembara Mencari Redha

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions