Skin Dessert by Dolly

Skin Dessert by Dolly Bahaya Ke Tidak? Baca ni!

Skin Dessert bahaya atau tidak? Baca ulasan admin tentang produk ini.

Skin Dessert By Dolly
Agak viral produk dan banyak juga carian di Google

Admin perasan ada 2 produk dari Skin Dessert by Dolly ni iaitu:

  1. Krim Muka
  2. Vitamin C (Sachet)

Sebelum kita decide adakah produk ini bahaya atau tidak, jom kenali dulu ciri-ciri produk timbang kilo atau produk beracun ni:

Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo, Jangan terkejut dengan No.5!

  1. Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
  2. Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Kak Ell tu.
  3. Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
  4. Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
  5. Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
  6. Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.
READ  VSL Skincare Mengandungi Racun Berjadual?

Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?

Inilah dia krim timbang kilo!

Krim Timbang Kilo
Berwarna warni dalam bekas 5g kebiasaannya
Produk Timbang Kilo
Krim timbang kilo dijual ikut berat per kilo (kg)

Buka krim Skin Dessert sekarang, dan tengok sama tak dengan ciri -ciri diatas tadi?

Kalau sama, dipersilakan buang ke tong sampah dengan segera!

Kesan Makan Supplement & Pil Pemutih

Menurut Pakar Nefrologi Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Darren Lee, pengambilan produk pemutih dan kolagen secara berlebihan sebenarnya dapat memberi kesan sampingan kepada fungsi hati dan buah pinggang.

Pakar nefrologi Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Darren Lee.
Pakar nefrologi Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Darren Lee.

Secara umumnya, semua makanan tambahan herba atau pemakanan membawa potensi risiko kepada buah pinggang yang merupakan organ penapisan utama dalam badan kita.

Banyak ulasan telah menunjukkan kaitan makanan tambahan dengan bukti kecederaan buah pinggang, ketidakseimbangan elektrolit atau penyakit batu, sama ada dari bahan itu sendiri atau interaksi herba-dadah dengan mencampurkan beberapa bahan-bahan lain.

Dr Darren Lee, Pakar nefrologi Hospital Pantai Pulau Pinang.

Jadi adakah ianya selamat untuk anda?

Anda yang tentukan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *