Ainaa Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca ni!

Ainaa Skincare bahaya ke tak ni?

Admin baru-baru ni dapat beberapa komen bertanyakan tentang Ainaa Skincare ni.

Ok macam biasa, sebelum kita kaji adakah Ainaa Skincare ni bahaya ke tidak, baca ciri-ciri produk timbang kilo ni dulu:

Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo.

  1. Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
  2. Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Ainaa Skincare tu.
  3. Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
  4. Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
  5. Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
  6. Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.

Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?

Inilah dia krim timbang kilo!

Krim Timbang Kilo
Berwarna warni dalam bekas 5g kebiasaannya
Produk Timbang Kilo
Krim timbang kilo dijual ikut berat per kilo (kg)

Buka krim Ainaa Skincare sekarang, dan tengok sama tak dengan ciri -ciri diatas tadi?

Admin dah tengok founder dia pakai di Youtube dan pada pendapat admin, produk dia ni sangat berkualiti!

Sebab apa?

Tengok packaging dia ni.

ainaa skincare bahaya
Walaupun kebiasaannya produk kilo ni dia guna nama produk macam joyah skincare, tuti skincare tapi Ainaa Skincare lain sangat.

Sama tak packaging dia dengan produk timbang kilo yang dijual dalam bekas 5g tu?

tak samakan..

Packaging dia lengkap dengan segala butiran dan paling penting produk dia hygiene!

Ok sebab lain admin kata produk dia ni berkualiti adalah….

Website dia!

Website dia mempunyai maklumat penuh mengenai ingredients produk dia. Korang tengok ni ya..

Lengkap dengan maklumat bahan kandungan produk dia. Ini memang terbaik.

Admin seorang web designer yang berintegriti jadi pada pendapat admin ini kerja orang yang Profesional dan yang penting founder dia nak bawa produk dia ke next level industry!

Ini adalah salah satu produk berkualiti sama seperti Bluebell Skincare dan HAUS. Jangan risau, admin tak Anti-Produk orang kita. Produk yang tiada kualiti dan ciri-ciri serta persamaan dia seperti produk kilo tu, admin nasihatkan korang buang je la.

Guna produk macam Ainaa Skincare ni kalau betul nak support orang kita berniaga.

Selebihnya terserah kepada korang!

Korang boleh jenguk-jenguk website dia Ainaa Beauty ni.

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

24 Responses

  1. min nak tanya saya sekarang tengah cari sabun yg boleh mencerahkan kulit.boleh suggest one produk? cth:honeyglow soap

    1. Sabun tak dapat mencerahkan kulit sis. Kulit cerah bergantung pada warna pigmen kulit kita. Kalau pigmen kita gelap, maka gelaplah kulit kita. Cuba cari produk yang ada bahan bernama Licorice untuk pencerahan semulajadi.

      1. just nak tanya hayana whitening soap selamat tak utk consume? and another product whitening soap sebab i curious jugak pasal whitening soap yg viral kat pasaran sekarang ni 😊

          1. Sis boleh tengok testimoni hayana whitening soap kat youtube pastu sis komen pandangan sis kat sini sama ada produk ni selamat atau tak utk di consume 😊

          2. First, sebelum kita tahu berkesan atau tidak bukanlah melalui testimoni kerana testimoni ni adalah bias dan tiada dalam hierarki ilmu. Consume? Awak nak makan sabun tu ke? Kebanyakkan sabun pemutih sebenarnya adalah produk scam. Sabun tak boleh putihkan kulit melainkan dia ada bahan seperti bleaching agent yang terdapat dalam clorox. Kalau awak makan, dia boleh rosakkan saluran pemakanan, perut dan mati. Kalau kena kulit, kulit boleh iritasi, kering dan burns.

        1. Sis susu kambing tak dapat cerahkan kulit. Sis tengok kambing, cerah ke kulit dia? Selamat diminum jika tiada bahan terlarang didalamnya. Macam ni lah, saya bagi tahu satu kenyataan atau hakikat sebenar kita ni sebagai manusia ya. Kulit manusia ni dia berbeza mengikut melanin kulit kita. Melanin ni adalah pigmen yang menentukan warna kulit kita.

          Kalau sis nak cerahkan kulit, sis kena reduce melanin production. Guna topikal krim macam kojic acid, vitamin C, glycolic acid atau retinoid untuk cerahkan kulit sis. Bukan minum supplement false claim seperti susu kambing dan sebagainya.

    1. 1st, gunakan sunscreen spf 30 keatas. Sunscreen tak boleh putihkan kulit tapi ianya adalah langkah untuk elak sunburn. 2nd, lakukan chemical peeling. Guna produk yang ada glycolic acid. Dia akan buang sel mati kulit dan tanggalkan lapisan kulit sis serta sekatakan warna tona kulit sis. 3rd, jaga skincare routine sis. Basic pun takpe. Cleanse, Exfoliate, Toner, Sunscreen & Moisturizer.

  2. Terima kasih min atas review! Moga dikurniakan yang baik2 semuanya untuk min! 🙂

    Boleh dapatkan rangkaian produk Ainaa Beauty di website syafiqahaina.com atau dengan ejen jualan diseluruh negara 😉

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions