Kak ell skincare bahaya ke tak?
Nak tahu bahaya ke tak, mari kita baca ciri-ciri produk timbang kilo ni dulu macam mana?
Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo, Jangan terkejut dengan No.5!
- Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
- Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Kak Ell tu.
- Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
- Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
- Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
- Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.
- Berkesan dalam 24 jam. Ini adalah salah satu ciri ciri produk kilo. Kenapa berkesan dalam 24 jam? Sebab dia ada merkuri, hydroquinone dan bahan beracun lain. Bahan beracun ni, kesan dia cepat tau!
Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?
Inilah dia krim timbang kilo!


Bagaimana hendak pilih produk Skincare yang selamat?
- Cari produk yang ada lab test dari badan berkanun atau yang ada HALAL dari JAKIM seperti Bluebell Skincare, HAUS dan lain-lain.
- Beli di drugstore seperti Watson, Guardian, AA Pharmacy, Caring & lain-lain.
- Elak ciri-ciri produk timbang kilo diatas tadi.
- Baca bismillah supaya tidak tertipu (bukan islam boleh berdoa dahulu)
Jadi, adakah Produk Kak Ell Bahaya?
Buka krim kak ell sekarang, dan tengok sama tak dengan ciri -ciri diatas tadi?
Kalau sama, dipersilakan buang ke tong sampah dengan segera!
Related posts:
Puteri Ratu Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca Ni
Ainaa Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca ni!
Brilliant Skin Bahaya! Sudah Diharamkan KKM.
Yanko Skincare Bahaya! Telah Diharamkan KKM.
ESW, Sugardoll & Demica Whitening Lotion Bahaya?
Dnars, Tati Skincare & Deeja Cosmetic Bahaya
Cara Nak Tahu Produk Kecantikan Bahaya & Beracun
Cara Hilangkan Biji Kolestrol Pada Kulit Anda
10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spead the Awareness to enjoy healthy lives!
Saya x pasti sbb bau dia nk ckp natural…ntahlh…nk ckp wangi pon x lh wangi sgt.tolong check in pls
warna apa krim dia?
1 warna kuning mcm kunyit
1 lagi warna putih
hmmm…
Sy da pakai 3 set kotak elok sgt..muke jd peloles..tp Sy beli dr HQ..jgn beli yg tiruan ok
boleh share gambar?
Gbr muka ke?haha Segan la..tp siyes mmg berkesan..sy ckp benar..
Boleh la share untuk tatapan pembaca..hehe.. berkesan adalah satu perkara..
mmg permulaan pakai kak ell kulit merh ke sis
Macam mana nak tahu tiruan ke original?
Untuk produk tempatan, tiada isu tiruan atau original.
Semua produk timbang kilo memang berkesan pun. Sebab produk tu kupas kulit kau sekali. Putih memang putih, peloles memang peloles.. Tapi kulit muka kau jadi nipis, lepas tu berkilat lain macam. Bila kau stop guna atau guna lama, kulit and breakout. Percaya lah.
100% betul
Betoi tuu ! Saya pun duk pakai skincare kak ell berkotak2 . Mula2 pakai cantik jaaa muka flawless tapi bila dah lama sgt pakai muka mula naik jerawat pasir then skrg dah tinggal terus breakout 😭
Ye betul….sy pengguna kak ell. Klu sy stop muke akn gatal.menggaru je kje.lpstu sy pkai semule bru normal.xthu nk pkai produk ape dah.,.kak ell je cantik.bile xpkai kusam n gatal.sjrg jeragat on ade
kak ell skincare elok ke x sbnarnya? org kata kalau ada mercuri sapu kat emas,emas akan luntur,saya buat xluntur pun,sebab As beauty dlu xtaw ada mercuri bila da tau saya try ke emas mmg luntur kaler emas
Uji merkuri dengan emas adalah cara yang salah.
so..kak ell skincare ok ke x..page kkm tak keluar pape pun
Page KKM memang tak keluar apa-apa sebab produk tu tak pernah diuji oleh KKM. No KKM yang dikatakan “LULUS KKM” adalah bukan nombor kelulusan tetapi nombor pendaftaran (Notifikasi) sahaja. Awak tengok krim Kak ell tu sama tak dengan krim kilo?
Cuba sis berhenti dlm 2week dr pkai produk kak ell ni,tgok kulit masih elok lg ka,ker kuar jerawat memcanak2 nnti,bace komen di bwh ada org share bila stop pkai produk kak ell ni,👇👇
yup, tu salah satu ciri produk kilo. Bila stop muka breakout.
Sis.. Saya pn dh guna 4 set.. Muka hbis naik jerawat.. Jadi teruk.. Sy x berani nk teruskan… Saya stop.. Kulit jadi kusam bawah dagu. Saya beli dr HQ kak ELL.
astaghfirullah, sekarang muka sis macam mana?
saya dah pakai produk kak ell dan sangat menyesal!!!!!!! breakout habis !!!! sama je mcm produk timbang kilo yg lain!!!!
Kita masih tidak tahu samaada produk kak ell itu timbang kilo atau tidak tetapi ciri-cirinya hampir serupa. Mohon berhati-hati.
Saya nak tahu produk kak ell ni selamat digunakan stay tak??? Ada kelulusan kkm tak???. Kalau Ada nk Bukti…. Tiling saya ya bagi info…
Produk Kak Ell tiada kelulusan KKM dan KKM tidak mengeluarkan sebarang kelulusan untuk mana-mana produk kosmetik di Malaysia dan luar negara. Yang ada hanya nombor pendaftaran atau notifikasi sahaja.
Salam akak nak tanya akak ada beli kopi sliming kak ell tapi bila minum jerrr jantung jadi laju pastu kaki dan tangan rasa kebas kenapa ya
Waalaikumsalam. Sila refer Doktor segera. Symptom seperti ini ada 3 kemungkinan:
1. masalah jantung
2. masalah thyroid
3. masalah saraf
Mohon rujuk Doktor ya
Masih tertanya2 lg .. hmm . Betul ke tk okay produk kak ell ni e
Baca dan bandingkan dengan produk kilo. Sekian
Ini saje nak promote product bluebell ni.. adakah tuan founder bluebell? Dlm website blubell penuh dengan senarai produk yang diharamkan oleh kkm. Bukankah dlam menjual kita ada etika tak boleh memburukkan produk org lain? Tuan promote je lah produk tuan dengan kelebihan2 Produk tuan. Tak perlulah memburukkan produk org lain walaupun sebenarnya produk itu mmg tak boleh digunakan.
Saya bukan founder Bluebell. Etika menjual tiada kena mengena dengan memberitahu dan berkongsikan tentang keburukan produk beracun. Kita bercakap tentang fakta bukan auta disini. Senarai tu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sendiri. Disini saya berkongsikan tips pemilihan produk dan tentang kesedaran bahaya produk kilo kepada Pengguna supaya tidak menyesal dikemudian hari. Nak beli apa brand skincare sekali pun, berhati-hatilah.
Saya nak tahu produk kak ell ni selamat digunakan stay tak??? Ada kelulusan kkm tak???. Kalau Ada nk Bukti…. Tiling saya ya bagi info…
Produk Kak Ell tiada kelulusan KKM dan KKM tidak mengeluarkan sebarang kelulusan untuk mana-mana produk kosmetik di Malaysia dan luar negara. Yang ada hanya nombor pendaftaran atau notifikasi sahaja.
saya ada semak no pendaftaran kak ell dgn kkm,naik nama produk tu
ada KKM tak semestinya selamat.. produk yang diharamkan kkm semua ada kkm juga.. kkm tu hanya no pendaftaran sahaja bukan no kelulusan ya.. harap maklum.
saya ada semak no pendaftaran kak ell dgn kkm,naik nama produk tu
ada KKM tak semestinya selamat.. produk yang diharamkan kkm semua ada kkm juga.. kkm tu hanya no pendaftaran sahaja bukan no kelulusan ya.. harap maklum.
Mak sy slalu belii produk kak ell.. Sy nk tgur tkot dimarahnya sy blik.. Sy smpai ke harinii xpkaii produk2 mcm tuu.. Serikk dgn produk glow glowing dluu.. Smpai skrg dah xpkaii produk mengarut lg sampah…
Sebab itu pentingnya ilmu memilih dan membeli produk kecantikan. Awak boleh educate mak awak tentang bahayanya produk beracun.
deeja pun produk timbang kilo ke? sebab ciri2 dia seakan2 sma yg sperti cik/en nyatakan..
Deeja dah termasuk dalam senarai yang diharamkan oleh KKM dan juga KKB.
saya ingt baru nak try pakai kak ell kalau mcm nie xjd sy takut
berhati hati jika ingin cuba.
Krim malam kak ELL yg putih tu mmg melekit.. Ada ciri² produk timbang kilo. Atas pengalaman saya guna dh hampir 1 tahun produk KAK ELL, habis rosak kulit saya.. Yg dulu tak pernah langsung naik jerawat.. Bila mula guna produk KAK ELL.. Naik byk jerawat. Yg paling ketara.. Kalau kita skip tak guna krim mlm yg kunyit tu.. Akan naik jerawat terus. Umpama kita tak blh stop. Pls tarik blk produk KAK ELL..
astaghfirullah, sekarang muka sis macam mana?
Pernah tnye pd agent2.. Ape bahan or ingredient product kak ell.. Die jwab ape je tau x min..
Cengkih.. Kunyit dengan ape nth lg 1..
Senang je die jwab.. And should be.. Bahan dlm skincare kena ade mcm.. HYLURONIC ACID KE.. NIACINEMIDE KE.. ALCOHOL.. SALICYLIC ACID KE.. And bila tnye balik.. Die tak jwab.. So.. Yg jd agent pon kne tahu jgk. Ilmu skincare.. Pki jual je.. Bile org tnye tak tau.. And tq for info.. Rase nak bli. Tp cancwl lah. Tgh recover muka dengan AHA BHA sbb punce dr produk2 mcm ni lah.. Sumpah mnyesal
yeke? dia tak tahu apa dia jual? hmmm
Nak tanye, magical white skincare okay tak? Sy cuba cari bad review pasal produk ni takde . Sy tgh pakai tapi nampak mcm makin teruk . Hm . Boleh tak sape2 tlg check/if ade jumpe website or bukti yg skincare ni tak elok 😭
ada gambar krim dia tak? apa tekstur krim dia? ingredients penuh ada tulis pada produk?
Saye penah try. Muke makin terok.. And krim mlm.. knon krim glow tu.. Tu mcm repacking from tabita.. Dont know lah why buat product2 sampah mcm ni.. Pk untung tp tak pk lngsng kesan buruk kat org
Tabita memang produk beracun yang telah diharamkan oleh KKM dari dulu lagi.
Myesal pakai tanpa selidik dulu produk kak ell.. muka sy semakan teruk…. Nak myesal pun benda dah jadi…. Sedih tgok muka di cermin….
Saya baru je order produk kak ell dengan HQ dia…boleh tak saya nak mintak duit balik? Saya takut dia tak bagi balik je
Saya belum dapat produk lagi, sebab baru order