Lulus KKM

Produk Lulus KKM? Ubat Kelulusan KKM? Anda Ditipu!

Lulus KKM atau Kelulusan KKM sebenarnya tidak pernah wujud dan tidak pernah ada pun lagi-lagi untuk produk yang didaftarkan bawah kategori kosmetik.

Kategori kosmetik ni seperti Produk Skincare, Krim kecantikan muka, krim losyen dan produk yang tidak membuat penggunanya berubah dari segi fizikal mahupun mental.

Lulus KKM
Kosmetik ni macam skincare, krim muka, produk kecantikan wajah, mandian dan sebagainya.

Kategori farmaseutikal pula adalah seperti produk herba dan ubat yang boleh memberikan kesan perubahan fizikal mahupun mental kepada penggunanya, contoh minyak cap kapak, ubat generik, dan beberapa produk herba.

Lulus KKM
Kategori Farmaseutikal ni macam paracetamol, minyak Kapak dan produk herba.

Ubat Kuat Lulus KKM?

Anda ditipu sebenarnya. Penjual ubat kuat biasanya mendaftarkan produk mereka dibawah kategori kosmetik supaya dapatlah nombor “kelulusan KKM” kononnya. Ala nombor yang start depan dia ada NOT123456789 tu.

kelulusan KKM
Contoh nombor NOT atau Notifikasi di Sistem Quest3+ NPRA

Beza Nombor Kosmetik & Farmaseutikal.

Nombor untuk kosmetik mesti bermula dengan NOT dan diikuti nombor dibelakangnya. Nombor NOT tidak wajib dipamerkan pada produk atau iklan.

Kelulusan KKM
Nombor NOT tidak perlu pun dipamerkan sebegini. Ia tidak wajib.

Nombor untuk farmaseutikal pula bermula dengan MAL dan diikuti nombor sama juga dengan NOT. Nombor MAL wajib dipamerkan pada produk atau iklan (biasa mereka guna sticker hologram).

kelulusan KKM
Nombor MAL wajib dipamerkan di packaging produk. Kebiasaan mereka menggunakan sticker hologram.
  • NOT123456789 – Produk Kosmetik
  • MAL123456789 – Produk Farmaseutikal

Iklan berkaitan ubat perlulah mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.

NOT & MAL Bukan Nombor Kelulusan KKM!

Ada sedikit perbezaan antara nombor NOT dan MAL. NOT ni dia 100% bukan nombor kelulusan kkm! NOT ni nombor NOTIFIKASI atau kita boleh panggil nombor pendaftaran sahaja (kalau ikut dalam sistem NPRA QUEST3+ lah).

Ya, nombor pendaftaran sama macam nombor anda dapat bila daftar SSM tu. Daftar SSM cakap buat jual makanan, tapi sebenarnya operasi perniagaan adalah kedai ekor.

SSM
Sijil SSM dengan nombor pendaftaran. Sama sahaja macam sijil NOT.

Sama juga dengan nombor NOT ni, penjual atau founder ni dia daftar sahaja dengan KKM. KKM tak pernah cek atau uji pun produk tu serta berikan kelulusan.

NOT hanya satu syarat wajib kepada penjual dan founder mohon dulu sebelum menjual produk mereka di pasaran. Belakang cerita produk tu kilo ke, atau diiklankan sebagai ubat kuat pun, kkm tak tahu dan tiada kena mengena.

Berbeza dengan nombor MAL, MAL ni KKM ada buat ujian (test) tetapi ujian untuk menentukan bahawa produk atau ubat tersebut tidak mempunyai bahan yang memudaratkan pengguna seperti logam berat atau racun berjadual berbahaya dan sebagainya.

Jika produk tersebut tidak mempunyai logam berat dan racun berjadual, barulah permohonan daftar dibawah kategori farmaseutikal diluluskan dan diberikan nombor MAL. Dia lulus ujian tak ada bahan bahaya bukan lulus sebab dia berkesan atau tidak ya.

KKM tak uji pun produk tu samaada berkesan atau meluluskan cakap produk ni boleh buat itu ini. Begitu juga dengan ubat generik. Kalau kita tengok iklan PANADOL, mereka tidak pernah ada iklan cakap hilangkan sakit kepala atau migrain selama-lamanya kerana itu namanya misleading atau menipu!

Panadol
Panadol banyak kontroversinya. Haha.

Mereka yang tulis melegakan sakit kepala sahaja. Berbeza dengan ubat kuat, ianya adalah iklan tuntutan perubatan yang dilarang oleh KKM. Sesiapa yang menjual atau mengiklankan ubat kuat, boleh didenda dan dipenjara.

Jadilah Pengguna Bijak!

Pengguna yang bijak menggunakan akalnya yang waras. Kita juga mempunyai common sense (benda ni ramai yang cakap pemikiran negatif). Kalau dengar atau tengok je iklan yang cakap boleh itu ini, sembuhkan 1001 penyakit lah dan sebagainya, ianya tidak masuk akal dan tidak pernah wujud pun!

Kita tak boleh sentiasa fikir positif jika melihat kebatilan berlaku didepan mata kita. Itu subahat namanya ya.

lulus kkm
Contoh kebatilan yang ada depan mata. 1001 penyakit dia boleh rawat dengan sebotol jus.

Especially supplement, supplement ni dia makanan tambahan. Dia boleh daftar bawah farmaseutikal, dan dia juga boleh daftar sebagai produk makanan.

Tapi iklan dia, kalah ubah generik yang sudah tentu ada buat ujian dan R&D bertahun-tahun serta dikawal selia oleh Pakar. Kadang bila admin tengok iklan, mesti dia buat perbandingan dengan ubat generik, kata sintetik lah, dadahlah, KKM ni ejen dajal lah, tapi dia sendiri beriya iya minta kelulusan dari KKM.

Sebab apa? Sebab pengguna lebih percaya KKM! Sakit teruk nanti, hospital kerajaan juga dicari. Penjual dia peduli apa kita sakit. Bukan dia yang rawat kita pun nanti kalau kita kritikal kan? Janji masyuk!

MLM
Mereka semakin kaya, kita dapat apa? Dapat penyakit.

Berapa Kos Daftar NOT KKM?

Nombor notifikasi yang kononnya nombor kelulusan KKM ni, sebenarnya sesiapa pun boleh daftar. Ada appointed manufacturer dan supplier letter, isi borang boleh terus dapat nombor NOT. Admin buat hari tu juga dapat Nombor NOT. RM50 sahaja untuk 1 NOT. Admin buat online di web NPRA quest3+.

Kesimpulannya, tiada produk kosmetik, skincare, krim muka, ubat yang lulus KKM atau ada kelulusan KKM.

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions