5 Produk Kecantikan (Skincare) Tempatan Terbaik!

Jangan salah sangka dan salah faham. Admin tidak mengatakan semua produk tempatan tu tak elok dan tak berkualiti. Ada saja produk yang berkualiti. Berikut adalah 5 produk skincare tempatan (local) yang berkualiti, terbaik dan paling penting selamat digunakan.

1. Bluebell Skincare

Bluebell Skincare ni team admin iaitu Xhanxeli Network pernah terlibat dengan kerja-kerja membangunkan laman web mereka. Xhanxeli Network adalah Web Developer yang berintegriti. Kami tidak pernah mengambil mana-mana job dari Syarikat atau Produk yang membahayakan pengguna.

Bluebell Skincare mempunyai Lab Test dari SIRIM QAS International iaitu badan berkanun yang terkenal dengan pematuhan ciri-ciri keselamatan pengguna, kualiti dan selamat. Bukan itu sahaja, Bluebell Skincare juga mempunyai pengiktirafan Halal oleh JAKIM yang dimiliki oleh mereka sendiri bukan kilang yang menghasilkannya sahaja.

Bermaksud, kilang mereka juga ada Halal, Syarikat mereka iaitu iBluebell Cosmeceutical (M) Sdn Bhd juga mempunyai Halal. Bluebell Skincare juga pernah direkemen oleh Skuad Pengguna Bijak, Khairul Yoi dan juga Doktor Pakar Buah Pinggang iaitu Dr. Rafidah.

Packagingnya yang juga hygienic menjadikan produk ini di tempat pertama dan mereka juga mempunyai customer service yang mantap!

2. Raiffles

Ini adalah produk baru admin lihat baru sahaja dilancarkan pada January lepas. Produk ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia dihasilkan oleh Kilang bertaraf GMP dan Halal JAKIM. Selain itu, produk ini juga hygienic dan mendapat feedback positif daripada penggunanya.

Raiffles juga memberikan efek glowing segera kepada pemakainya. Walaupun bukan produk kilo, admin agak terkejut dengan kesannya kerana kesan seperti ini hanya produk kilo sahaja mampu lakukannya.

Rupanya, ramuan terbaik dari Sunscreen Essence Mist mereka menjadikan kulit glowing, sihat dan Anti-Penuaan.

3. HAUS

Haus admin taip panjang panjang ni. Haa ni satu lagi produk berkualiti kerana mereka mempunyai kilang sendiri. Kilang mereka juga berstatus GMP dan HALAL JAKIM. Selain itu packaging produk HAUS ini juga agak kelas dan paling penting looks international.

Pada admin, level mereka ni ASIAN-LEVEL atau mungkin boleh bersaing ke peringkat international seperti SIMPLYSITI, LOREAL dan lain-lain. Admin suka gel moisturiser dia sebab tak melekit dan sangat lembapkan kulit admin!

4. Ainaa Skincare

Ok, ini admin pernah ulas dan produk ni admin lihat dari sudut profesional memang produk ni pun profesional. Anda boleh ulasan admin disini: Ainaa Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca ni!

Overall produk ni dikatakan boleh dibanggakan dengan packaging dia yang cantik, elegan dan paling penting dia hygiene sama macam Bluebell Skincare & Raiffles.

Selain itu, laman web dia juga menyenaraikan bahan-bahan kandungan lengkap untuk rujukan pengguna. Jadi pengguna boleh tahu dan semak kot kot ada bahan bahan yang tak sesuai dengan anda, especially yang related dengan alahan.

5. Secret Leaf

Secret leaf ni sama macam HAUS. Mereka ada kilang sendiri dan kilang mereka pun memang nama Secret Leaf. Produk ini agak berkualiti dan dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan HALAL JAKIM juga.

Admin suka argan oil dia tapi agak pricy sikit untuk kuantiti yang sedikit macam tu. Overall kesan penggunaan sangat berpuas hati dan paling penting produk ni terbukti selamat digunakan kerana dia ada lab test juga.

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions