semakan bpn 2.0

Semakan BPN 2.0 dan Tarikh Pembayaran BPN 2.0

Semakan BPN sudah boleh mula dibuat di Laman Web BPN Lembaga Hasil Dalam Negari Malaysia.

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan masukkan nombor captcha (security) yang dipaparkan.

Status permohonan dan semakan bpn anda akan keluar seperti gambar dibawah:

semakan bpn 2.0
Status permohonan lulus dan jumlah berapa yang anda akan dapat.

Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat?

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
  2. Fasa Kedua – Januari 2021

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta?

Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?

Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.

Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

Saya telah menerima bayaran BPN 2020 sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPN 2.0 yang diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
  2. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  3. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut: Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 Putrajaya.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions