Apps Muslim Pro Jual Data 98 Juta Pengguna Muslim?

Menurut artikel Motherboard ini, Tentera US telah membeli data dari pelbagai aplikasi bagi tujuan menentang keganasan.

Apa yang lebih merisaukan, lebih 98 juta data pengguna apps yang popular seperti Muslim Pro telah berjaya dibeli. Data di Apps Muslim Mingle, CPlus for Craigslist, Accupedo dan Global Storms juga telah dibeli.

muslim pro
Apakah kesan dan akibat akan datang melalui penjualan data 98 juta muslim?

Seperti anda tahu, apps Muslim Pro ini menggunakan pelbagai permission untuk mengakses phone kita antaranya, GPS location untuk menentukan arah kiblat, notification untuk pemberitahuan azan dan banyak lagi.

Kata Motherboard lagi , data yang dibeli melalui X-Mode dan Locate-X iaitu Apps Developer yang mempunyai pelbagai data daripada pelbagai apps.

Jurucakap Komando Operasi Khas A.S, Navy Cmdr Tim Hawkin mengesahkan data dibeli bagi membantu keperluan operasi khas pihak tentera di luar negara.

Bayangkan, dengan teknologi Drone masa kini, tentera US boleh mengetahui lokasi anda dan bom anda pada bila-bila masa dengan menggunakan data daripada Apps Muslim Pro ini?

Drone Tentera US kini boleh berada di mana-mana sahaja dengan data yang dimiliki.

Pihak Muslim Pro masih lagi tidak memberikan apa-apa maklum balas mengenai artikel yang disiarkan oleh Motherboard ini.

Project Manager at | + posts

Web Designer, Web Developer, Digital Marketer, Content Writer & A Blogger. Administrator at Xhanxeli Network Website.

Leave a Comment


Disclaimer: The views & comments are written by the readers. Xhanxeli Network does not take any responsibility for any of these views and comments.

Your email address will not be published. Required fields are marked *