You are currently viewing Peluang Buat Duit $US Dollar Sebagai Penulis

Peluang Buat Duit $US Dollar Sebagai Penulis

Dah lama sebenarnya Xhanxeli Network nak cari penulis bebas dan buka peluang ni kepada sesiapa sahaja diluar sana yang ingin menjana pendapatan sampingan semasa PKP ni.

Admin tahu ramai yang kena buang kerja, dan anggap ini adalah peluang untuk anda meluangkan masa beberapa minit didepan laptop atau komputer untuk menjana wang $US Dollar setiap bulan.

Straight to the point, syarat menjadi penulis di blog xhanxeli.com ini adalah:

  1. Bahasa Melayu atau bahasa inggeris yang mudah difahami.
  2. Tiada shortform atau bahasa wechat/sms.
  3. Bukan copy paste dari website lain
  4. Menulis artikel sekurang-kurangnya 1 artikel setiap minggu. Lebih banyak lebih bagus, anda yang tentukan berapa banyak $USD Dollar yang anda ingin buat.
  5. Bukan artikel fitnah ,lucah, judi atau main rasa-rasa, mesti mempunyai FAKTA & bukti lengkap.
  6. Bukan kaki konspirasi, flat-earth, antivaksin, dola doli ,ajaran sesat dan sebagainya.
  7. Tidak menjual supplement atau membuat pengiklanan misleading melalui artikel. Ikut budi bicara admin.
  8. Tidak boleh kongsikan id username dan password kepada orang lain. Jika sistem cek ada duplicate login, atau terlalu banyak IP address berbeza, akaun anda akan dibanned serta merta tanpa sebarang ganti-rugi.
  9. Bukan cerita artis atau gosip selebriti.
  10. Dilarang sama sekali klik iklan dalam artikel sendiri atau mana-mana iklan dalam xhanxeli.com

Syarat-syarat ini akan dikemaskini pada bila-bila masa. Berikut adalah kelebihan menjadi penulis artikel di xhanxeli.com:

  1. Menjana pendapatan dalam nilai $USD Dollar.
  2. Belajar Search Engine Optimization (SEO) dengan kami
  3. Berkongsikan minat dan hobi serta penulisan anda kepada lebih 20K pembaca setiap bulan.
  4. Profit sharing iaitu sebanyak 70% daripada setiap artikel yang anda tulis. Jika 1 article anda mempunyai hasil (publisher revenue sebanyak $USD10, anda dapat $USD7.
  5. Laporan hasil (publisher revenue) akan diberikan setiap awal bulan (1hb) untuk semakan anda.
  6. Dijemput menulis review berbayar oleh pelanggan Xhanxeli Network.
  7. Dapat mencuba produk-produk baru.
  8. Belajar buat marketing online
  9. Bonus cash RM300 sehingga RM1,000 bagi mencapai KPI bulanan dan tahunan.
Laporan hasil (publisher revenue) diambil dari Google Analytics.

Berminat Nak Sertai?

Emel kepada kami xhanxeli@gmail.com beserta maklumat dibawah:

  1. Nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan nama bank. (Nombor akaun bank mestilah sama dengan nama yang didaftar dan seperti tertera nombor kad pengenalan).
  2. Ambil gambar kad pengenalan dan attachkan didalam emel sekali.
  3. Emel yang ingin didaftarkan serta nombor telefon.
  4. Sedikit pengenalan tentang diri anda.
  5. Hobi, minat dan pekerjaan jika ada.
  6. Kategori yang anda ingin kuasai. Boleh pilih news, beauty, digital, lifestyle, learn, people dan cadangan kategori jika ada.
READ  Asas Forex: Base & Quote (Buat Duit Dengan Forex)

Kami akan membalas emel anda dalam tempoh 24 jam waktu bekerja. Anda akan menerima akses masuk ke xhanxeli.com sebagai penulis dan boleh mula menulis untuk menjana pendapatan $US Dollar anda. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas daripada kami, permohonan anda adalah gagal.

Sekian terima kasih.

Han

Web Designer, Web Developer, Digital Marketer, Content Writer & A Blogger. Administrator at Xhanxeli Network Website.

This Post Has 2 Comments

  1. Ryzal

    Salam bro, artikel sendiri ke? Atau diberikan

    1. Han

      wslm artikel sendiri

Leave a Reply