Innai Nunha

(Henna) Innai Nunha (Neelofa & Harris) Halal Ke Haram?

Inai (Innai, Henna) Nunha ni halal ke haram dipakai? Haa, mesti ramai nak tahukan samaada inai ni halal ke haram, selamat ke tidak pakai, ada bahan kimia berbahaya ke tidak kan?

Innai Nunha ni saya cari tiada lagi pensijilan Halal tapi produk ni dihasilkan oleh kilang yang bertaraf GMP dan Halal. Jadi, pada pendapat saya Innai Nunha ini adalah Halal kerana mustahil kilang yang ada pensijilan Halal menghasilkan produk bukan halal kan? Itu logiknya!

Tak puas hati lagi? Teruskan bacaan anda.

Cara nak tahu inai itu Halal ke tidak.

1. Anda pakai dulu inai tu dan kalau dalam masa 7 hari inai tu tak luntur warna dia, then ada bahan kimia yang digunakan.

2. Cara cepat, anda lepas pakai dan inai tu dah kering cuba kikis kat bahagian kuku. Kalau kikis halus nampak warna kuku anda warna putih then inai tu bebas bahan kimia berbahaya. Kalau tak nampak tu, maknanya inai tu ada kimia berbahaya yang serap dalam kuku anda sampai kuku pun tukar warna sekali.

3. Cara ni paling mudah, kalau anda was-was tak payah pakai. Senang. Itu yang diajarkan oleh islam.

Kelebihan Innai Nunha

Merujuk di laman web nunha.co ini adalah kelebihan innai nunha ni:

1. 100% inai dan bahan semulajadi.

2. Mesra wuduk

3. Bau yang menyenangkan

4. Warna inspirasi dari perkahwinan Neelofa dan Harris

Jadi kat mana nak dapatkan innai nunha ni? Maaf saya bukan reseller mereka tapi anda boleh cuba dapatkan di nunha.co

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions