permit kebenaran menerbangkan drone

Cara Memohon Permit Kebenaran Menerbangkan Drone

Baru-baru ni admin ada emel Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), adakah menerbangkan Drone jenis Toy grade memerlukan permit?

Ya, anda mesti ada permit untuk menerbangkan drone tidak kira drone anda toy grade atau pun tidak.

Ini emel yang admin hantar:

Salam Sejahtera,

Saya ingin bertanya, bagaimana hendak memohon kebenaran menerbangkan drone kategori hobi mainan (hobby toys grade)?

Ini pula adalah maklumbalas daripada Pihak CAAM:

Tuan,

Merujuk kepada pertanyaan tuan/puan berhubung dengan kebenaran untuk terbangUnmanned Aircraft System (UAS/dron) secara rekreasi di Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ingin menegaskan bahawa semua aktiviti penerbangan UAS/Dron adalah tertakluk kepada Peraturan – Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR) 2016 Peraturan 140 – 144 dan Aeronautical Information Circular (AIC) 04/2008.

2. Borang permohonan kebenaran untuk terbangboleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut: http://www.caam.gov.my/sectors-divisions/flight-operations/unmanned-aircraft-system-uas/. Borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dihantar kepada [email protected] sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh aktiviti penerbangan yang dipohon. CAAM berhak untuk menolak penyerahan yang tidak lengkap atau lewat.

3. Soalan-soalan lazim (FAQ’s) berhubung dengan UAS/Dron boleh didapati melalui pautan seperti berikut: http://www.caam.gov.my/aviation-professionals/faq/faq-on-unmanned-aircraft-system-uas/

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

DRONE TASK FORCE
b/p Dr Zainul Fuad bin Md Wahi
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Bagaimana nak mohon permit kebenaran untuk menerbangkan Drone?

Semua dah terjawab melalui emel tetapi admin ringkaskan untuk pembaca termasuk requirement atau syarat untuk menerbangkan drone ya:

  1. Anda mesti patuh peraturan MCAR 2016, Bahagian XVI, perenggan 140-144.
  2. Memohon surat kebenaran daripada JUPEM bagi aktiviti mapping, aerial photography, videography & filming. Boleh apply terus di website JUPEM.
  3. Kawasan larangan seperti Putrajaya dan lain-lain harus memohon surat kebenaran daripada Chief Government Security Office (CGSO).
  4. Bagi sabah sarawak, anda memerlukan surat kebenaran daripada Sabah & Sarawak Chief’s Minister.
  5. Juruterbang drone warga asing memerlukan surat kebenaran daripada Malaysia Communications & Multimedia Commision (MCMC).
  6. Surat kebenaran daripada agensi lain sekiranya diperlukan dikawasan anda menerbangkan drone. Contoh jika anda terbangkan di sekitar Kuala Lumpur, anda perlukan surat kebenaran daripada DBKL.
  7. Sediakan butiran penerbangan anda seperti tarikh, masa, ketinggian penerbangan, gambar peta dan tempat/koordinat (format DMS).
  8. Yuran & caj RM250 untuk setiap drone bawah 20kg dan RM1,000 untuk setiap drone atas 20kg.
  9. Patuhi panduan penerbangan di kawasan No-Fly Zone (NFZ). (Point 7 page no.4)
  10. Drone mestilah certified SIRIM dan ada surat salinan certificate kelulusan daripada SIRIM. Jika drone certified agensi lain, mesti ada “Apparatus Assignment” daripada MCMC.
  11. Hantar semua surat kebenaran ni kepada CAAM dalam tempoh 14 hari sebelum anda beroperasi.

Perhatian!

Denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih setahun bagi individu yang tidak patuhi peraturan.

Amacam? Banyakkan syarat dia? Hahaha..

Admin rasa nak apply tapi memandangkan banyak syarat dia, so admin macam tak jadi sebab admin nak fly depan rumah je ni atau kat kompleks pandamaran sana tu.

Admin nak layan macam ni je kat padang belakang rumah

Drone admin pun berharga RM400 je. Nak bayar yuran dan caj lagi.

Kepada yang memang buat job photography, videography, filming guna drone boleh lah memohon.

Good luck!

5 Responses

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions