Cara Cara Menghilangkan Jerawat Guna Bahan Dirumah!

Cara Cara Menghilangkan Jerawat Guna Bahan Dirumah!

Cara cara menghilangkan jerawat yang berkesan menggunakan bahan bahan yang ada didalam rumah anda. Paling penting selamat dan tidak ada kesan sampingan.

Apa itu Jerawat?

apa-itu-jerawat-1024x522 Cara Cara Menghilangkan Jerawat Guna Bahan Dirumah!

Jerawat adalah keadaan kulit dimana liang pori anda tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Ia menyebabkan whitehead, blackhead dan jerawat. Jerawat kerap berlaku kepada orang muda dan jarang berlaku kepada orang tua.

Punca Kulit Berjerawat.

Seperti yang diterangkan diatas, apabila minyak dan sel kulit mati bercampur secara berlebihan didalam liang pori anda, ia akan menyebabkan minyak yang dihasilkan oleh kalenjar minyak kulit tersekat dibawahnya.

Jadi apabila minyak tersebut tersekat, maka kulit anda akan menggelembung dan membentuk bintik atau bengkak kecil yang dipanggil jerawat.

Penggunaan alat kosmetik dan alat solek seperti bedak, foundation dan sebagainya juga boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat. Jika kulit tidak dicuci dengan betul, maka serpihan alat atau produk kosmetik boleh masuk kedalam liang pori.

Selain itu genetik juga adalah punca kulit kita berjerawat. Masalah genetik seperti kalenjar minyak menghasilkan minyak berlebihan juga boleh menyebabkan jerawat. Masalah genetik boleh dikawal dengan gaya hidup yang bersih, rutin penjagaan kulit yang betul dan produk yang betul.

Produk yang beracun juga dapat menyebabkan kulit berjerawat terutamanya produk-produk yang menggunakan merkuri, hydroquinone, tretinoin dan sebagainya. Baca cara nak tahu produk kecantikan bahaya atau tidak disini.

Elak Kulit Berjerawat.

Cara cara untuk elak kulit mudah berjerawat adalah anda mestilah sentiasa cuci muka dengan betul. Menggunakan produk yang mengandungi AHA BHA seperti Glycolic Acid dan Salicyclic Acid.

AHABHA Cara Cara Menghilangkan Jerawat Guna Bahan Dirumah!

Salicylic Acid boleh menembus sehingga kebawah permukaan kulit dan membersihkan liang pori yang tersumbat manakala Glycolic Acid boleh membersihkan permukaan kulit dari sel kulit mati dan minyak yang berlebihan.

5 Bahan Dirumah Yang Boleh Digunakan Sebagai Cara Cara Menghilangkan Jerawat

1. Ubat Gigi

Ubat gigi kebiasaannya mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid tetapi tidak disarankan menggunakannya selalu. Hanya guna ditempat yang ada jerawat sahaja. Jangan guna diseluruh muka ya!

2. Pencuci Mulut

Pencuci mulut juga mengandungi Salicylic Acid. Gunakan beberapa titis dan letakkan ditempat yang berjerawat sahaja. Penggunaan dia sama seperti kaedah menggunakan ubat gigi. Jangan guna diseluruh muka dan jangan kerap guna!

3. Buah Buahan

Buah buahan seperti epal, avocados, blueberries, kurma, buah kiwi, peaches, raspberries, anggur, plums, strawberries dan ceri juga mengandungi Salicylic Acid. Potong dan tepekkan pada jerawat anda. Anda juga boleh menggunakan blender dan membuat masker kulit muka anda. Biarkan 5-10 minit pada kulit anda.

4. Kicap atau Cuka

Didalam kicap dan cuka juga mengandungi Salicylic Acid. Anda boleh melakukan kaedah yang sama seperti Ubat Gigi dan Pencuci Mulit. Hanya letakkan ditempat yang berjerawat sahaja.

5. Chewing Gum

Jika anda seorang yang suka makan chewing gum berperisa “mint” anda boleh gunakan ditempat jerawat anda kerana chewing gum yang berperisa “mint” kebiasannya mengandungi Salicylic Acid.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Raiffles!

Raiffles mengandungi bahan AHA & BHA yang dapat menghilangkan jerawat dari muka anda. Raiffles juga telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM Malaysia dan telah diuji selamat oleh Makmal Universiti Sains Malaysia.

Dihasilkan oleh Pakar-Pakar kulit dan dermatologist tempatan. Anda boleh dapatkan Raiffles pada harga diskaun hari ini di raiffles.com

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!