Wawa Skincare Bahaya Ke Tidak? Wajib Baca!

Wawa Skincare Bahaya?

Wawa Skincare bahaya atau tidak?

Sebelum kita kaji adakah ianya bahaya atau tidak, jangan lupa baca pasal Kak Ell Skincare.

Sebab apa? bila anda baca pasal Kak Ell Skincare, anda boleh tahu samaada wawa skincare ni bahaya atau tak.

Ok admin sebenarnya malas nak tulis panjang lebar pasal ni, baca lah ciri-ciri produk kilo dibawah:

Ciri – Ciri Produk Kilo:

  1. Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
  2. Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Wawa Skincare tu.
  3. Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
  4. Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
  5. Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
  6. Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.

Tengok gambar krim kilo dibawah ni:

krim-timbang-kilo Wawa Skincare Bahaya Ke Tidak? Wajib Baca!
Warna krim kilo dan bekas produk

Ada macam ni tak warna krim dan tekstur dia?

Kalau ada elakkan beli dan pakai!

Bagaimana hendak pilih produk Skincare yang selamat?

  1. Cari produk yang ada lab test dari badan berkanun atau yang ada HALAL dari JAKIM seperti Bluebell Skincare, Ainaa Skincare, HAUS dan lain-lain.
  2. Beli di drugstore seperti Watson, Guardian, AA Pharmacy, Caring & lain-lain.
  3. Elak ciri-ciri produk timbang kilo diatas tadi.
  4. Baca bismillah supaya tidak tertipu (bukan islam boleh berdoa dahulu)

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!

1 comment

comments user
lala

Assalamualaikum hai . So jwr wawa skincare ni selamat digunakan ke ?