Skin Dessert by Dolly Bahaya Ke Tidak? Baca ni!
Skin Dessert bahaya atau tidak? Baca ulasan admin tentang produk ini.
TERKINI! Skin Dessert telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Baca sini!
Admin perasan ada 2 produk dari Skin Dessert by Dolly ni iaitu:
- Krim Muka
- Vitamin C (Sachet)
Sebelum kita decide adakah produk ini bahaya atau tidak, jom kenali dulu ciri-ciri produk timbang kilo atau produk beracun ni:
Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo, Jangan terkejut dengan No.5!
- Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
- Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Skin Dessert by Dolly tu.
- Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
- Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
- Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
- Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.
Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?
Inilah dia krim timbang kilo!
Buka krim Skin Dessert sekarang, dan tengok sama tak dengan ciri -ciri diatas tadi? Kalau sama, dipersilakan buang ke tong sampah dengan segera!
Update Terkini!
Skin Dessert mempunyai lab test daripada Lab ID. Nombor rujukan produk ini adalah BVAQ ref 21-39178.
Bagaimana hendak pilih produk Skincare yang selamat?
- Cari produk yang ada lab test dari badan berkanun atau yang ada HALAL dari JAKIM seperti Bluebell Skincare, Ainaa Skincare, HAUS dan lain-lain.
- Beli di drugstore seperti Watson, Guardian, AA Pharmacy, Caring & lain-lain.
- Elak ciri-ciri produk timbang kilo diatas tadi.
- Baca bismillah supaya tidak tertipu (bukan islam boleh berdoa dahulu)
Share this content:
61 comments