3 Orang Paling Kaya Dunia 2021. Nombor 3 Tu Jual Air Mineral Je!

Siapakah 3 orang paling kaya di dunia pada tahun 2021 ni? Lihat senarai 3 orang paling kaya dibawah:

1. Elon Musk – $167.2 Billion USD

Dikatakan pernah ditolak oleh Apple dan kini dialah paling kaya

Elon Reeve Musk merupakan jurutera dan usahawan teknologi. Beliau memegang kerakyatan Afrika Selatan, Kanada dan Amerika dan pengasas, CEO, dan pereka utama SpaceX; pengasas bersama, CEO, dan arkitek produk Tesla, Inc

Siapa tak kenal Tesla? Kereta Berkuasa Elektrik Terkenal Seluruh Dunia

Pengasas bersama Neuralink; pengasas The Boring Company; dan pengasas bersama PayPal. Pada Disember 2016, beliau menerima ranking ke-21 di dalam senarai Orang Paling Berkuasa di Dunia oleh majalah Forbes. Setakat januari 2021 ini, beliau telah mencatatkan hasil kekayaan sebanyak $167.2 Billion USD !

2. Jeff Bezos – $191.8 Billion USD

Meninggalkan Bill Gates, Pengasas Microsoft Dengan Begitu Jauh Sekali

Jeffrey Preston atau dikenali sebagai Jeff Bezos (lahir pada 12 Januari, 1964) ialah pengasas, presiden, ketua pegawai eksekutif dan pengerusi Amazon.com.

Jeff Bezos, graduan Tau Beta Pi dari Universiti Princeton, bekerja sebagai penganalisis kewangan untuk D. E. Shaw & Co. sebelum mengasaskan Amazon.com pada 1994.

Laman eCommerce yang sangat terkenal di US.

Jeff Bezos adalah salah seorang yang terkaya di dunia. Kebijaksanaan Jeff Bezos menjadikan dia antara salah seorang kaya. Kekayaan dia mencapai sehingga US$191.8 Bilion USD yang telah mengalahkan Bill Gates (Pengasas Microsoft).

3. Zhong SanShan – $77.8 Billion USD

Tidak begitu dikenali ramai dan kurang popular dibandingkan dengan Jack Ma, Pengasas Alibaba

Zhong Shanshan adalah seorang peniaga di China, pengasas kepada Nongfu Spring, sebuah syarikat minuman terbesar di China. Dia juga pemilik gergasi farmasi China ‘Wantai’.

Jual air pun boleh jadi orang terkaya dunia tu. 3 teratas pula tu.

Dia adalah orang terkaya di China dan pada tahun ini, dia menjadi orang terkaya di dunia dengan hasil kekayaan sebanyak $77.8 Billion USD

Sumber: Business Standard

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions