Cara Nak Tahu Produk Kecantikan Bahaya & Beracun

Ada banyak cara nak tahu samaada produk tersebut bahaya, timbang kilo atau beracun antaranya ialah:

  1. Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.

  2. Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Skincare tu.

  3. Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!

  4. Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.

  5. Ada kelulusan KKMSebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.

  6. Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.

Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?

Inilah dia krim timbang kilo!

krim-timbang-kilo Cara Nak Tahu Produk Kecantikan Bahaya & Beracun
70700Berwarna warni dalam bekas 5g kebiasaannya
produk-timbang-kilo-1-1024x576 Cara Nak Tahu Produk Kecantikan Bahaya & Beracun
Krim timbang kilo dijual ikut berat per kilo (kg)

Buka krim produk kecantikan anda sekarang, dan tengok sama tak dengan ciri -ciri diatas ni?

Kalau sama, dipersilakan buang ke dalam tong sampah dan dapatkan rawatan dengan Doktor segera. Bahan beracun seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan juga lain-lain dapat menyebabkan kemandulan, kanser kulit, kerosakan buah pinggang, ruam kulit dan banyak lagi.

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!

15 comments

comments user
riana

clara glow serum bahaya x?

comments user
nurhaliza

Briliant skincare lulus kkm tak ? dengan produk beauty wise lulus kkm tak sis hihi

    comments user
    Eli

    brilliant skincare dah diharamkan. beauty wise tak lulus kkm

      comments user
      Nat

      Mk beauty okey tak

comments user
FANA

SKIN DESSERT?

comments user
Ella

Krim putri ratu

comments user
Izyanti Mohd. Said

Saya dulu pengguna tegar produk deeja cosmetic. bila keluar info…ni produk timbang kilo. still guna lagi sampailah satu masa lepas pegi mandi laut..terdedah sgt dgn cahaya matahari…kulit muka jadi gatal2 n tumbuh ruam. saya pun fikir..maybe ni kesan produk tu guna terlalu lama kan. terus sy stop guna dan skrg guna cosmorderm je. stop deeja ,,keluar jeragat kat area pipi tapi istiqamah terus guna cosmoderm. jeragat dh makin susut. walaupun muka dh x bpe nak flawless mcm masa pakai deeja tapi x apalah. serik saya.

comments user
Iqa

Ibu scrub by wna okay ke?

comments user
Clah yahsin

Aniena beauty care sis?

comments user
Zie lie

Maaf nk tnya klau makan Ayla glow selamat x?

comments user
Syarafana Efenddy

nak tanya, avenys skincare okay ke? skincare tu takde ciri-ciri product timbang kilo tapi brightening serum dia tak jernih? mungkin ke serum tu terdedah kepada matahari?

comments user
MawarClara

Bagaimana dengan produk Dr.Rachel ye?adakah selamat digunakan atau tidak?