G-Shock Frogman

Cara Nak Tahu Jam G-Shock Original atau Tiruan

Peminat jam tangan Casio G-Shock di Malaysia semakin bertambah dan mempunyai bilangan yang sangat ramai hari ini.

Di Facebook sahaja, ada ratusan Group G-Shock Malaysia dan pelbagai laman web yang menjual produk jam tangan Casio G-Shock dari Jepun ini.

Namun, macamana nak tahu Beza Jam G-Shock original atau Tiruan?

Tahu ciri-ciri perbezaan G-Shock Original atau Tiruan.

  1. Design dan kualiti pembuatan

Dari aspek design, lihat segala design yang ada. Kebiasaannya ‘manufacturing defect’ untuk meniru boleh nampak. Bukan senang nak tiru original 100%.

G-Shock tiruan biasanya terlalu tajam atau terlalu bulat di tempat tertentu dan design dia dibuat kurang terperinci.

G-Shock Original vs Tiruan
Tengok bulat kecil kiri kanan atas bawah tu pun dah tahu

Contoh, ada design dia bila tengok dekat-dekat, tak perfect dan tiada kehalusan seni.

Contoh lain, tengok pada jarum, butang set jam, tali jam dan bahagian lain.

  1. Material (Resin)

Resin tiruan biasanya berkilat dan nampak murah. Keadaan dia agak pudar dan apabila mula mula lihat tiada sebarang tarikan. Lembut dipegang padang kalu pertama.

G-Shock Original & Tiruan
Warna pun boleh tahu mana satu Original mana satu tiruan

G-Shock tiruan ni biasanya boleh lihat dari jauh bila tengok macam pelik. Pembuatan original agak halus.

  1. Function

Jika original setiap dail dan fungsi dalamannya berfungsi contoh tertera perkataan tough solar atau sebarang fungsi pada jam. Kalau salah satu tidak berfungsi memang sah itu G-Shock tiruan.

G-Shock Tough Solar
  1. LCD Layout

G-Shock tiruan biasanya mempunyai sedikit perbezaan digit dan huruf serta susunannya tak nampak selaras.

LCD yang digunakan juga nampak murah dan kualiti lampu tak setanding dengan yang Original.

  1. Kotak dan pembungkusan

G-Shock original yang baru dijual dengan tin atau kotak, mempunyai nombor model penuh yang dicetak di belakang dengan kod bar (barcode). Boleh cuba scan barcode tu guna apps barcode scanner kerana biasanya original akan daftar barcode mereka.

Biasanya jam original datang lengkap dengan tag, harga & barcode.
  1. Tag, Manual dan nota.

G-Shock yang baru dibeli biasanya mempunyai tag kertas yang berlogo G-Shock, model produk, barcode dan harga produk.

  1. Bantuan Professional atau Collector

Akhir sekali kalau anda masih tak tahu cara nak bezakan original dan tiruan, cari kawan yang tahu especially kawan yang minat sangat dengan G-Shock atau dapatkan bantuan dengan professional seperti di kedai jam.

Masa COD nak beli dengan seller tu, ajak je jumpa di kedai jam dan minta kedai jam tu tengok.

Nak mudah pergi kedai pajak, tanya berapa boleh tolak jam tu. Kalau ada harga maka, original la jam tu.

Biasanya kedai jam tidak akan ambil jam tiruan.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions