Loading Now

Apa itu CDN? Kelebihan & Kekurangannya

Apa itu CDN?

Dulu admin cuma tahu “surface” sahaja bab CDN ni tapi lepas berlaga lutut dengan Sifu Razy di Mr.Mamak 3-4 tahun lepas, balik je rumah terus rasa nak guna CDN ni kat WordPress admin.

CDN atau Content Delivery Network ni ada kelebihan dan kekurangan dia. CDN ni merujuk kepada server berkumpulan yang berada di merata lokasi di seluruh dunia untuk menghantar kandungan didalam web kepada pengguna internet dengan cepat.

cdn-location Apa itu CDN? Kelebihan & Kekurangannya

Kelebihan CDN:

  1. Sangat Laju Menghantar Aset

Aset ni merujuk kepada fail-fail di dalam web hosting kita seperti fail JS, CSS, Font, Media dan lain-lain. Dengan penggunaan CDN, pengguna akan buka web korang dengan cepat sebab aset kita akan dimuatkan dari lokasi server yang terdekat dengan pengguna kita.

Korang boleh baca Cara Lajukan Website WordPress Dibawah 2 Saat jika nak lajukan website jenis WordPress dengan hanya menggunakan 1 plugin sahaja.

  1. Dapat Menampung Pengguna Yang Lebih Ramai


Jika korang ada web yang mempunyai pengguna yang ramai, then CDN ni boleh bantu korang. CDN ni dia boleh menampung trafik web yang tinggi tanpa membebankan server hosting korang.

Sebab kenapa? Sebab aset korang tadi, CDN ni dah tolong load pada pengguna korang mengikut lokasi pengguna korang.

  1. Menguruskan Beban Trafik

CDN ni sangat berkesan menguruskan beban trafik secara dinamik. CDN yang mempunyai rangkaian server terluas seperti Cloudflare, Amazon Cloudfront dan sebagainya mudah untuk naik turunkan resources dia.

Kekurangan CDN:

  1. Benda Baik, Harga pun Baik.

Selain kos hosting korang perlu bayar, korang juga perlu bayar harga CDN. Ya CDN kebiasaannya akan dicaj mengikut bandwidth. Contoh 1GB $USD0.05. Jika korang guna lebih then, korang kena bayar lebih.

  1. Lokasi Server

Jika terdapat masalah server disesetengah lokasi, maka pengguna korang akan menghadapi masalah untuk melayari web korang. Jadi sangat penting untuk kenal pengguna korang dari mana dan gunakan server CDN yang berdekatan dengan mereka.

  1. Masalah Sokongan

CDN ni adalah infrastruktur 3rd party. Jadi jika ada sebarang masalah, nak selesaikan agak susah. Jadi korang kena sentiasa monitor downtime dan uptime web korang supaya cepat detect masalah yang berlaku.

Korang boleh je bypass kalau CDN tu ada masalah. InshaAllah posting akan datang admin akan share cara pasang CDN dan best practice menggunakannya.

Share this content: