You are currently viewing 5 Web Hosting Malaysia Yang Terbaik & Mesra Pengguna

5 Web Hosting Malaysia Yang Terbaik & Mesra Pengguna

Web hosting Malaysia adalah kata kunci bagi mereka yang mencari web hosting yang mempunyai data-center di Malaysia atau pun syarikat hosting ini berada di Malaysia.

Kelebihan memilih web hosting (web hosting Malaysia) yang mempunyai data-center di Malaysia atau syarikatnya berada di Malaysia adalah:

  1. Mudah berkomunikasi dalam bahasa melayu
  2. Ingin mendapatkan kelajuan website yang maksima (TTFB sangat cepat)
  3. Tidak mahu database website digunakan oleh orang luar
  4. Kepercayaan pada syarikat tempatan itu sendiri
  5. Harga murah dan dibayar dalam Ringgit Malaysia (MYR)

Ulasan ini dibuat berdasarkan pengalaman kami semasa menggunakannya. Perbandingan dibuat berdasarkan prestasi dan support bagi perkhidmatan shared hosting bukan Cloud Hosting, VPS Hosting & Dedicated Hosting.

5. Exabytes (Exabytes.my)

exaybtes web hosting malaysia

Exabytes adalah syarikat web hosting terbesar di Malaysia dan Asia. Mereka mempunyai data-center di Malaysia, Singapore, US dan Indonesia. Syarikat mereka berada di Penang & Kuala Lumpur.

Pengalaman menggunakan shared hosting syarikat adalah sangat teruk. Dari segi support mereka yang terlalu banyak birokrasi seperti ada 1 kes kami dengan mereka bila kami sedang design dan develop website pelanggan kami, pihak support exabytes telah memandai menukar password hosting (jenis plesk) sedangkan password dan segala akses diberikan oleh tuan empunya hosting iaitu client kami untuk kami troubleshoot dengan pihak exabytes.

Bukan sekali tetapi 2-3 kali kami terpaksa menganggu client kami untuk mendapatkan password baru di emel client kami. Support mereka juga tidak mesra berbahasa melayu dan sangat lambat walaupun kami menggunakan support ticket termasuklah chat support mereka di website mereka.

Ada juga kes lain yang pernah kami kena iaitu pihak exabytes mengenakan bayaran sebanyak RM150+ untuk mengaktifkan semula web hosting yang baru expired 1 hari untuk kami memuat-turun backup website client kami. Ini agak mengecewakan kerana mereka hanya tekan button suspend dan unsuspend sahaja tanpa memberikan kami link download backup tersebut.

Tidak berbaloi bayar RM150 untuk aktifkan sehari dan kami terpaksa buat backup sendiri dan download backup tersebut. Sepatutnya dengan bayaran tersebut, pihak exabytes boleh unsuspend dan generate backup untuk kami download dan berikan link download tersebut pada kami.

Pengalaman kami semasa menggunakan web hosting mereka adalah sangat slow! Terlalu slow! Lagi-lagi bila mula jam 12 tengah malam, web hosting jadi tersangat slow sampai nak buka CPanel dan Plesk pun tersangkut sangkut. Bukan sekali kami kena, tetapi berkali-kali.

4. Jimat Hosting (JimatHosting.com)

Jimat Hosting Web Hosting Malaysia

Ramai juga client kami yang menggunakan web hosting dari syarikat JimatHosting ini yang berpengkalan di Petaling Jaya, Selangor. Pengalaman kami menggunakan web hosting mereka melalui client kami adalah web hosting dan support mereka agak slow.

Ada 1 kes dimana client kami telah membayar renewal domain name tetapi domain tersebut tidak aktif. Berkali-kali kami hubungi mereka memberitahu bahawa domain tersebut mempunyai isu pengaktifan dan team support mereka kata kami masih tak setup A record di Cloudflare sedangkan Cloudflare tidak dapat detect pun domain name tersebut pointing kepada DNS mereka.

Berkali kali juga kami cuba terangkan pada pihak JimatHosting. Semua telah di-set dengan betul di bahagian client area mereka seperti custom nameserver pointing ke DNS Cloudflare. Kami juga melakukan semakan NSLOOKUP dan memang domain tersebut masih pointing ke DNS JimatHosting. Akhirnya kes ini selesai tanpa sebarang pemberitahuan dan domain tersebut telah berjaya pointing semula ke DNS Cloudflare.

Web Hosting mereka pun agak slow. Client kami selalu mengadu websitenya loading teramat perlahan. Kami tidak salahkan JimatHosting kerana website client kami ini juga penuh dengan plugin yang kuat makan resources server. Amat tidak sesuai sebuah website jenis WordPress mempunyai Plugin WooCommerce, CartFlows, Waiting List dan 20 (-+) plugin lain di host di Shared Hosting JimatHosting.

3. Cun Host (CunHost.com)

cunhost web hosting malaysia

Cun Host adalah Syarikat baru yang beralamat di Penang. Server mereka berada di Malaysia, Singapore & US. Walaupun kami selalu juga dengar aduan di group KKWP beberapa kali tentang Cun Host ini tentang website down dan database error, tapi mereka berjaya menyelesaikan masalah hosting mereka dengan cepat dan support mereka juga boleh tahan cepat.

Web hosting mereka juga agak laju dan tidak mengecewakan. Setakat ini client kami yang menggunakan cunhost tidaklah mempunyai masalah yang ketara cuma ada specs website yang tidak sepatutnya host di Shared Hosting lagi-lagi website yang menggunakan WordPress ditambah lagi dengan Plugin WooCommerce, MarketPlace (WCFM/Dokan), Cartflows dan lain-lain kerana shared hosting ini berkongsi resource dengan website pengguna lain yang berada dalam 1 server.

Layanan support mereka sangat cemerlang, dan tiada isu langsung walaupun ada beberapa client kami memindahkan website mereka dari cunhost. Kerjasama mereka sangat dihargai dan sangat mesra pengguna. Nasihat kami, pakailah hosting jenis Cloud Hosting, VPS, Dedicated jika specs website anda mempunyai plugin yang disebut tadi.

2. DataKL (DataKL.com)

datakl web hosting malaysia

Ini kami paling suka. Supportnya sangat mesra dan owner dia siap boleh berseloroh dan sporting habis! DataKL adalah syarikat Hosting di Kuala Lumpur dan mempunyai Data-Center di Serdang, Kapar & Cyberjaya.

Web hostingnya juga laju dan kami sangat berpuas hati dengan layanan mereka. Setakat ini tiada masalah kami dengan DataKL dan segala permintaan kami seperti Clear Cache Server (Sepatutnya kami kena buat) pun sangat laju. Boleh dikatakan support mereka seperti tidak tidur!

Kami sangat berpuas hati dengan servis DataKL ini dan sangat-sangat disarankan kepada anda.

1. Serverfreak (Web-Hosting.net.my)

web hosting malaysia

Yes, tidak lain tidak bukan Serverfreak adalah provider Shared Web Hosting Malaysia paling terbaik setakat ini kami pernah guna. Support mereka sangat-sangat fabulous dan 5 bintang. Kalau boleh bagi 10 bintang, 10 bintang kami bagi.

Prestasi Web Hosting mereka juga sangat-sangat cemerlang walaupun tidaklah laju mana tetapi pada kami ini adalah satu perkhidmatan dimana rakyat Malaysia patut gunakannya. Data-center mereka ada 3 di Malaysia dan 2 di US. Syarikat ServerFreak Technologies Sdn Bhd ini beralamat di Klang, Selangor.

Walaupun syarikat ini berdekatan dengan kami, tidaklah kami ketuk pintu office mereka untuk mendapatkan layanan support tetapi chat support mereka sangat pantas dan cemerlang. Tidak sampai 5 minit mereka akan balas dan selesaikan masalah yang kita hadapi.

Juga, mereka juga akan hubungi kita di telefon atau WhatsApp jika masalah kita hadapi tidak selesai dan cuba bantu sehingga selesai. Seperti mereka sangat-sangat menghargai setiap client mereka dan dilayan seperti Raja!

Setakat ini tiada masalah website down atau error. Semuanya ok sahaja dan tidak pernah sesekali kami hadapi masalah semasa menggunakan web hosting serverfreak bagi pihak client kami. Jika anda cari web hosting Malaysia, inilah yang terbaik dan mesra pengguna untuk anda.

Ok cukup sampai disini saja kami ulas dan anda yang tentukan. Paling penting, pastikan anda tahu spefikasi website anda supaya tidak tersalah pilih web hosting kerana sebagus manapun shared hosting ni, tetap ada limitnya walaupun mereka tulis unlimited, unmetered dan sebagainya.

Penafian:

Ulasan ini bukanlah ulasan berbayar dan kami ulas berdasarkan pengalaman kami semasa menggunakan perkhidmatan mereka samaada perkhidmatan yang dilanggan oleh client kami atau kami sendiri. Mungkin ada web hosting Malaysia yang lebih baik diluarsana yang kami belum guna dan anda boleh kongsikan dengan kami pada komen dibawah.

Terima kasih!

Han

Web Designer, Web Developer, Digital Marketer, Content Writer & A Blogger. Administrator at Xhanxeli Network Website.

This Post Has 2 Comments

  1. Ryzal

    Salam bang, cuba buat review tentang hostinger.my pula.. 🤣

    1. Han

      Wassalam, pernah pakai hostinger tapi not user friendly HPanel dia tu tapi support pantas. Boleh try lah bang.

Leave a Reply