Modus Operandi (MO) Founder Krim Kilo / Produk Beracun

Hari ni admin nak share sikit dengan korang, modus operandi (MO) founder-founder krim kilo dan produk beracun yang kantoi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1. Daftar NOTIFIKASI PRODUK (KKM) secara sah.

Ya betul, mereka betul betul daftarkan produk mereka dengan KKM. Nombor notifikasi mereka adalah sah dan ada di KKM tetapi pendaftaran notifikasi ini hanya untuk kaburkan mata pengguna dan penguatkuasa sahaja.

Notifikasi-KKM Modus Operandi (MO) Founder Krim Kilo / Produk Beracun
Inilah modal mereka masa menjual. Lulus KKM. Kelulusan KKM untuk produk kosmetik tak pernah wujud pun.

Pendaftaran notifikasi ini bukanlah kelulusan KKM seperti mereka gempar gemburkan tetapi, ianya hanyalah pendaftaran produk yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan bayaran minima RM50 untuk 1 nombor notifikasi.

Sebagai contoh,

Ah Meng (bukan nama sebenar) daftarkan perniagaan di SSM dan “declare” perniagaan yang dilakukan adalah pusat hiburan atau pusat sihat siber cafe tetapi sebenarnya Ah Meng menjalankan perniagaan judi online di premisnya. Jadi adakah pendaftaran SSM ini adalah satu simbol selamat untuk pengguna? Tidak. Begitu juga dengan pendaftaran Notifikasi KKM ini.

2. Lantik Kilang Berstatus GMP & Halal

Founder-founder krim kilo ini juga melantik kilang yang berstatus GMP dan HALAL. Kebiasaannya kilang kegemaran mereka adalah kilang OEM sepenuhnya kerana ini hanyalah lakonan semata-mata untuk mendapatkan surat lantikan kilang untuk dihantar kepada KKM di Quest3+ NPRA.

kilang-OEM-1024x512 Modus Operandi (MO) Founder Krim Kilo / Produk Beracun
Modal buat produk di kilang OEM bermula dari RM1,000 pun ada.

Syarat untuk mendapatkan notifikasi KKM, mestilah mempunyai surat lantikan pengilang yang berdaftar dengan KKM dan berstatus GMP. Sebab itu bila anda semak nombor notifikasi mereka, ada terdapat di laman web Quest3+ NPRA kerana memang betul mereka berdaftar dan melantik kilang yang berstatus GMP.

3. Design Packaging Tidak Lengkap

Founder-founder ini memang bijak kerana mereka menghantar design packaging yang lengkap untuk mendapatkan notifikasi KKM tetapi apabila sampai di bahagian penjualan kepada orang awam, packaging mereka tidak lengkap seperti tiada nama pengilang, tiada nama syarikat dan kebiasaannya terdapat beberapa perbezaan design packaging mereka hantar pada KKM dengan packaging yang dijual di kedai atau toko toko jamu biasanya.

brilliant-skin Modus Operandi (MO) Founder Krim Kilo / Produk Beracun
Packaging tak lengkap bermaksud, alamat kilang, distributor, list of ingredients pun tiada.

Kenapa berbeza? Mudahlah nak claim fake produk sebab packagingnya berbeza padahal produk ini datang dari founder yang sama juga. Pengguna terus ditipu dengan hanya kerana percaya kata-kata founder ini. Jangan lupa, founder-founder ini biasanya mempunyai ciri-ciri “penunggang agama”, maka ramailah yang mudah percaya.

4. Membeli Krim Kilo & Packaging Sendiri

Ok, inilah part dimana mereka menipu pengguna dan KKM. Ya, mereka ada order di kilang OEM yang mereka lantik mungkin kuantitinya 1,000 atau 10,000 unit akan tetapi, produk dari kilang ini hanyalah menjadi bahan hiasan di HQ mereka supaya “tidak kantoi” dengan KKM bila ada serbuan. Mereka tidak jual pun produk yang mereka order dari kilang OEM ini, ianya hanya lakonan semata-mata.

Ada 2 jenis modus operandi di part ini:

  1. Kilang OEM tersebut memang betul betul sediakan krim kilo dibelakang “official production” mereka.
  2. Kilang OEM tersebut memang tak tahu founder ni akan jadikan krim mereka sebagai hiasan.

Jika betul, produk mereka kantoi ada racun sebab keluaran dari kilang OEM tu, sudah lama founder ini akan saman kilang tersebut melainkan mereka yang minta kilang tersebut masukkan bahan beracun tersebut atau founder ni sendiri tapau krim kilo dan packaging kat HQ mereka sendiri tanpa pengetahuan kilang OEM tersebut.

krim-kilo Modus Operandi (MO) Founder Krim Kilo / Produk Beracun
Macam ni pun berani pakai di muka? Kotor dan tidak bersih.

Maka berlambaklah stok founder ni di HQ. 1,000-10,000 unit keluaran kilang OEM tu dan 100,000 lagi adalah krim kilo yang founder tu beli dan packing sendiri. Jika founder tu sendiri minta kilang OEM tu letak bahan beracun, maka terdapat perjanjian sesama mereka supaya founder itu sendiri bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak melibatkan kilang tersebut. Ala bukan susah nak kawtim dengan kilang OEM ni. Ada duit memang jalan.

Setakat ini sajalah perkongsian admin terhadap Modus Operandi Founder krim kilo ni. Modus ini dilakukan berulang kali kerana ianya sangat menguntungkan berbanding bayar denda mahkamah kerana menjual produk beracun. Sabit kesalahan pertama baru RM50,000 dan berikutnya RM100,000.

Itu belum masuk mahkamah rayuan minta kurang denda. Entah-entah Founder-Founder ini hanya bayar tak lebih RM20,000. Boleh rujuk hukuman atau denda disini.

Jadi anda sebagai pengguna haruslah bijak dan gunakan common sense anda lepas baca posting cara nak tahu produk kilo dan beracun ni. Baca juga pasal lulus kkm disini.

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!

1 comment

comments user
𝚌𝚘𝚗𝚜𝚘𝚕𝚎.𝚕𝚘𝚐(🤲🏻) (@mshafiqramli)

Mungkin kaya di dunia, tapi di akhirat miskin pahala