Plugin LiteSpeed Cache Jadikan WordPress Anda Slow?
LiteSpeed Cache adalah plugin caching untuk WordPress. Sebut tentang caching, ya plugin ini mampu membuatkan website WordPress anda laju. Bukan itu sahaja, plugin ini juga mampu menjadikan website WordPress anda slow!
Eh, tadi kata melajukan ini slow pula?
Jika anda menggunakan tetapan (setting) yang betul, maka lajulah website WordPress anda tapi jika anda tersalah tetapan website WordPress akan jadi sebaliknya.
Dalam posting saya yang lepas iaitu Cara Lajukan Website WordPress Dibawah 2 Saat ada sebut mengenai “Best Practice” sebelum anda lakukan tetapan menggunakan plugin LiteSpeed Cache ini.
Saya ulang semula “Best Practice” tersebut disini:
Page Optimization dapat membuatkan design web korang tidak dipaparkan dan berfungsi dengan betul. Pastikan setiap setting korang ON, korang kena ingat dan ON kan satu demi satu kemudian cek dan test.
Admin
Kenapa tetapan di bahagian Page Optimization buat website WordPress anda bermasalah?
Page Optimization akan mengganggu sedikit sebanyak assets website WordPress anda seperti CSS, JS, Fonts, HTML dan lain-lain.
Jadi adalah sangat bagus anda mempraktikkan amalan terbaik sebelum anda on off sebarang tetapan di bahagian Page Optimization LiteSpeed Cache ini.
LiteSpeed Cache Kacau Plugin Lain?
Ada juga saya dapat maklumbalas seperti ini. LiteSpeed Cache ni dia akan caching semua pages dalam WordPress kecuali default page dia iaitu WooCommerce pages dan mungkin ada beberapa pages dari plugin lain dia tidak akan caching.
Jika anda mempunyai masalah seperti ini, pastikan anda exclude page anda di bahagian Cache -> Excludes.
Masukkan URL pages anda yang bermasalah contoh Affiliate Pages, WooCommerce My Account Pages, Checkout dan sebagainya di kotak Do Not Cache URIs.
Kemudian tekan butang Save Changes dan jangan lupa purge All. Ingat, setiap kali perubahan tetapan yang melibatkan banyak pages sebaiknya anda purge All tetapi jika tetapan melibatkan beberapa pages sahaja anda boleh purge this page.
Jadi tak perlulah visitor website anda berulang kali terpaksa download cache setiap kali masuk ke website anda. Hanya perlu download cache untuk page yang ada perubahan sahaja.
Gunakan Inspect di Browser Anda.
Selain on off satu persatu tetapan LiteSpeed Cache anda, anda juga boleh melihat jika terdapat sebarang masalah dengan website WordPress anda di bahagian Console dengan klik butang kanan mouse anda dan pilih inspect.
Pastikan anda buka inspect terlebih dahulu baru layari website anda. Jika tidak, anda tidak akan dapat bacaan yang betul dan tepat.
Jika terdapat errors, maka anda boleh undur semula tetapan yang anda telah buat. Undur satu persatu dan cek semula. Jika errors tersebut hilang, maka anda sudah tahu tetapan manakah puncanyakan?
Pastikan anda subscribe mailing list xhanxeli.com dibawah untuk belajar betulkan atau orang putih kata “fix” atau “troubleshoot” errors yang muncul ni.
P/S: xhanxeli.com pun kalau anda cek, ada errors juga tapi kebanyakkan errors adalah dari iklan Google Ads. Tunggu apa lagi, tekanlah iklan Google Ads tu tanda anda hargai perkongsian dari Admin ni. XD
Share this content:
Post Comment