Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!

Wifi Extender

Wifi Extender, jangan salah faham. Benda ni tak boleh melajukan internet jika anda berada di dalam bilik. Fungsi wifi extender ini hanya melebarkan signal wifi anda sahaja bukan kelajuan internet yang sama jika anda duduk berdekatan dengan router internet anda.

Baru-baru ni, admin ada beli Wifi Extender jenama Mi daripada Xiaomi model Pro 300M. Mula-mula admin ingatkan lepas pakai benda alah ni, dapatlah rasa kelajuan sama seperti admin duduk berdekatan router rupanya dia hanya melebarkan wifi signal sahaja.

Xiaomi-Wifi-Extender Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!
Admin beli di Shopee. Hanya RM53.15 sahaja termasuk kos penghantaran.

Ini pula adalah kelajuan internet sebelum dan selepas menggunakan Wifi Extender ni:

Result Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!
Sebelum guna Wifi Extender punya Wifi connection
Result-2 Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!
Selepas guna Wifi Extender punya Wifi connection

Sama je kan? Tapi Signal wifi kita lebih stabil dan kuat selepas menggunakan Wifi Extender ni.

Wifi-Extender-Setting Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!

Jadi kesimpulannya, benda ni cuma melebarkan signal wifi kita sahaja bukan meningkatkan kelajuan internet sama seperti anda duduk berdekatan dengan router anda.

Benda ni admin baru tahu, mungkin ada yang dah tahu. Rupanya kita perlu gunakan MESH Wifi untuk dapatkan kelajuan internet sama seperti duduk berdekatan dengan router kita.

Admin baru saja beli TP-Link Deco E4 untuk test. Nanti admin akan share dengan korang result selepas pakai MESH ni. Ok ke tak ok.

Share this content:

Web Designer, Web Developer, Digital Marketer, Content Writer & A Blogger. Administrator at Xhanxeli Network Website.