Diskaun 50% Bayar Saman Polis Mulai 18 Mei ini

Saman Polis

Saman polis! ya saman polis ada diskaun.

Admin Xhanxeli share dengan korang ya. Baca ni:

Mulai 18 Mei hingga 21 Mei 2020 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara online.

Menerusi posting di Facebook Polis Diraja Malaysia, pembayaran saman secara online itu perlu dibuat menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Memahami Masalah Kewangan Sepanjang PKP

saman-polis-1 Diskaun 50% Bayar Saman Polis Mulai 18 Mei ini

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberitahu bahawa orang ramai mempunyai kekangan dari segi kewangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

Oleh itu, pihak PDRM telah menawarkan diskaun kepada mereka dan hal ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan.

Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my. Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini.

Datuk Azisman Alias, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menerusi laporan dari Berita Harian, Datuk Azisman Alias turut memaklumkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara online. 

Tambahnya, pemberian ini juga memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Sumber: Berita Harian & Polis Diraja Malaysia

Share this content:

Web Designer, Web Developer, Digital Marketer, Content Writer & A Blogger. Administrator at Xhanxeli Network Website.