Cara Lajukan Database Query (MYSQL/MariaDB) WordPress
Sebelum ni admin ada share cara lajukan website WordPress dibawah 2 saat dengan hanya 1 plugin sahaja iaitu plugin LiteSpeed Cache (LS Cache). Sekarang admin share pula cara lajukan database query MYSQL atau MariaDB WordPress korang guna 1 plugin ni dan beberapa setting yang korang kena buat.
Apa itu Database?
Database atau pangkalan data dalam bahasa melayunya ialah tempat menyimpan semua data tetapan (setting) website WordPress korang dan juga segala data plugin, posting semuanya. MySQL dan MariaDB tu adalah jenis bagi database dan kedua-duanya boleh guna cara ni. Ada orang pakai MySQL, ada orang pakai MariaDB. Kalau korang nak tahu korang guna apa, tanya hosting korang lagi senang.
Masalah WordPress ni Database dia sangat slow bila nak query data. Query ni macam baca data dalam database supaya dapat dipaparkan kepada pengguna website WordPress koranglah.
Kenapa Database WordPress Slow?
Ini adalah kerana infrastruktur WordPress itu sendiri. Database dia menggunakan 1 table untuk sumbat bermacam macam data dalam tu. Sebagai contoh, table wp_post ni menyimpan pelbagai data seperti data plugin, posting, themes dan lain-lain. Itu belum cerita table wp_options, wp_postmeta dan lain-lain.
Jadi untuk mengurangkan beban table table ini semua, kita akan melakukan beberapa konfigurasi menggunakan plugin Index WP MySQL For Speed.
Apa plugin ni buat?
Plugin ni menjadikan database MySQL korang berfungsi dengan lebih cekap dengan menambahkan kunci berprestasi tinggi (high-performance keys) pada table yang korang pilih. Korang juga boleh monitor table database mana yang menjadikan website WordPress korang perlahan bila nak query sesuatu data tu. Korang boleh je tukar balik WordPress’s default keys korang balik kalau korang dah tukar ke high-performance keys ni.
Fungsi plugin ni juga dia menyimpan data dengan lebih tersusun dan mencari data tu apabila ianya diperlukan dengan segera. Plugin ni akan tambah database key atau bahasa mudah index table database korang supaya mudah untuk WordPress cari data yang diperlukan.
5 Cara Lajukan Database Menggunakan Plugin Index WP MySQL For Speed
- Backup dulu database dan WordPress korang
- Add, install dan activate Plugin Index WP MySQL For Speed
- Pergi ke menu Tools -> Index MySQL
- Korang tick dulu “I have made a backup“
- Tekan button Select All dan tekan button warna biru Add Keys Now
Itu sahaja. Korang cuma perlu tunggu beberapa minit dan siap! Korang boleh cuba query apa apa data di website WordPress korang. Bukalah post blog korang ke, search posting korang ke, search user ke, search order ke dan sebagainya.
Ok next step adalah, jangan lupa define siteurl dan home website WordPress korang! Ikut step dibawah:
- Buka Control Panel website korang
- Pergi File Manager
- Cari fail nama wp-config.php dalam public_html korang.
- Edit fail wp-config.php dan letakkan define( ‘WP_SITEURL’, ‘http://example.com’ ); dibaris ke-2 bawah <?php
- Tambah define( ‘WP_HOME’, ‘http://example.com’ ); dibaris ke-3 pula.
- Lepas tu save fail tu.
Korang jangan lupa pula tukar http://example.com kepada URL website WordPress korang ya. Letakkan https terus contoh https://xhanxeli.com jangan ada / kat belakang URL tu. Tengok contoh gambar dibawah ni.
Apa Kegunaan Define Ini?
Apabila korang define (tentukan) URL website dan URL homepage korang dalam wp-config WordPress korang, website WordPress korang akan terbuka mengikut URL yang korang tentukan dalam wp-config tadi tanpa perlu menggali atau query data siteurl dan home dalam table wp-options database korang.
Konsep dia bila korang makan kat restoran buffet dengan restoran yang jenis kena tunggu waiter ambil menu dan order mana yang lebih cepat korang dapat makanan? Haaa, Tepuk dada tanya selera.
Share this content:
Post Comment