Niat Puasa Sebulan & Harian Oleh JAKIM

niat puasa sebulan

Niat puasa sebulan sebenarnya ramai yang tak tahu, jadi admin nak kongsikan sedikit niat puasa sebulan berdasarkan sumber daripada pihak JAKIM sendiri.

Niat Puasa Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

Niat Puasa Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Persoalannya, nak niat puasa sebulan atau harian?

niat-puasa-sebulan Niat Puasa Sebulan & Harian Oleh JAKIM

Berikut adalah pandangan setiap mazhab tentang hal ini.

MAZHAB SYAFI’E

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ianya adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tidak wajib niat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam pada masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.

Share this content:

Web Designer, Web Developer, Digital Marketer, Content Writer & A Blogger. Administrator at Xhanxeli Network Website.