Amazon

Bagaimana Amazon Boleh Kehilangan $1.6 Billion Jika Website Mereka Diperlahankan.

Berapa lama anda akan menunggu sebuah website load sepenuhnya?

Menurut statistikini, separuh daripada kita tidak akan tunggu lebih 2 saat untuk website load sepenuhnya!

Jom rujuk salah satu statistik ini:

40% orang akan tinggalkan website anda jika mengambil masa lebih 3 saat untuk load sepenuhnya.

Sekarang, katakanlah 1,000,000 orang melawat website anda setiap bulan. Jika website anda perlahan 5 saat, anda akan hilang 500,000 pelanggan yang berpotensi.

500,0000!

Jika kelajuan website menjadi sebab orang tinggalkan website kita maka tiada jualan di website anda. Ini bukan lagi spekulasi. Ada syarikat yang lebih besar di planet ini yang telah mengkaji perkara ini.

Amazon Building
Bangunan Amazon di United States of America

Amazon melakukan kajian yang menyatakan mereka boleh kehilangan $1.6 BILLION setiap tahun jika website mereka diperlahankan sesaat.

Dan Amazon adalah syarikat yang terkenal dan kukuh. Jika pelanggannya tidak mahu menunggu lebih sesaat di Amazon, apakah peluang yang ada untuk kita?

BACA  Protokol dan standard web terkini yang direka untuk menjadikan web lebih pantas.

Sumber: 6 Reasons Why Website Speed Matters

1 thought on “How Amazon Would Lose $1.6 Billion If Their Website Slowed Down”

Tinggalkan Komen

Emel anda tidak akan disiarkan. Kotak ada * wajib isi