Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0
Baru baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akibat kenaikan statistik pesakit covid-19 di Malaysia.
Siapa yang sudah dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebelum ini, tidak perlu memohon lagi kerana ianya automatik. Jika belum dapat dan ingin memohon, ikuti cara-cara dibawah.
Berikut adalah cara memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang betul.
- Layari ke https://bpn.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan ID Pengguna
- Anda akan menerima SMS yang mengandungi nombor TAC.
- Masukkan nombor TAC tersebut.
- Kemaskini semua maklumat peribadi, pasangan dan tanggungan anda.
- Sekiranya anda pernah daftar dan tidak layak, anda boleh memohon semula.
- Jika terlupa kata laluan, anda boleh reset semula disini https://bpn.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx
Mudahkan cara memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ?
Apakah BPN 2.0?
BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 (kadar pendapatan di Soalan.5) untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.
Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?
Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0?
Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).
Berapakah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
a) Isi Rumah (B40) RM4,000 ke bawah. Jumlah RM1000 (RM700 Fasa Pertama dan RM300 Fasa Kedua)
b) Isi Rumah (M40) RM4,001 hingga RM8,000. Jumlah RM600 (RM400 Fasa Pertama dan RM200 Fasa Kedua)
c) Bujang (B40) RM2,000 kebawah. Jumlah RM500 (RM350 Fasa Pertama dan RM150 Fasa Kedua)
d) Bujang (M40) RM2,001 hingga RM4,000. Jumlah RM300 (RM200 Fasa Pertama dan RM100 Fasa Kedua)
Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021
Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini (Rujuk Jawapan bagi Soalan 7).
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri
Share this content:
Post Comment