cara membuat hand sanitizer

Cara Membuat Hand Sanitizer Semulajadi

Cara membuat hand sanitizer boleh sahaja menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera), Lemon dan sebagainya.

Jangan lupa dapatkan terlebih dahulu larutan alcohol lebih dari 70%. Anda boleh dapatkan di Shopee, Lazada dan Pharmacy.

Berikut adalah 3 cara membuat hand sanitizer menggunakan bahan semulajadi dan boleh didapati di rumah.

1. Hand Sanitizer Lidah Buaya & Essential Oil

Cara Membuat Hand Sanitizer Aloe Vera
Lidah Buaya (Aloe Vera) mudah didapati dimana-mana

Ekstrak gel lidah buaya (Aloe Vera) ni menggunakan pisau. Potong kulit pokok tersebut dan dapatkan gel didalamnya. Kemudian campurkan dengan alcohol yang mengandungi 70% keatas dan letak sedikit essential oil untuk mendapatkan bau yang wangi.

2. Hand Sanitizer Lemon

cara membuat hand sanitizer dengan lemon
Lemon dengan Sifat acid yang anti-bacteria.

Potong dan perah lemon untuk dapatkan airnya. Kemudian campur dengan alcohol 70% keatas. Selain membunuh kuman, lemon juga dapat mencerahkan kulit dan mengandungi bahan anti-oksida serta Vitamin C.

3. Hand Sanitizer Cuka

cara buat hand sanitizer dengan cuka
Cuka kerap digunakan untuk memasak

Cuka mempunyai konsentrasi acid yang tinggi. Jika kulit seseorang luka dan tiada alcohol, ianya digunakan untuk membasmi kuman dan bakteria di luka.

Campurkan cuka dengan alcohol 70% keatas dan letakkan dalam botol spray. Maka jadilah Hand Sanitizer menggunakan cuka!

Ini hanyalah alternatif membuat hand sanitizer sendiri sahaja. Lebih mudah rasanya kalau beli terus yang dah siap di Pharmacy berdekatan anda.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions