Blog

  • Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!

    Jangan Beli Wifi Extender Kalau Nak Internet Laju!

    Wifi Extender, jangan salah faham. Benda ni tak boleh melajukan internet jika anda berada di dalam bilik. Fungsi wifi extender ini hanya melebarkan signal wifi anda sahaja bukan kelajuan internet yang sama jika anda duduk berdekatan dengan router internet anda.

    Baru-baru ni, admin ada beli Wifi Extender jenama Mi daripada Xiaomi model Pro 300M. Mula-mula admin ingatkan lepas pakai benda alah ni, dapatlah rasa kelajuan sama seperti admin duduk berdekatan router rupanya dia hanya melebarkan wifi signal sahaja.

    Wifi Extender
    Admin beli di Shopee. Hanya RM53.15 sahaja termasuk kos penghantaran.

    Ini pula adalah kelajuan internet sebelum dan selepas menggunakan Wifi Extender ni:

    Sebelum guna Wifi Extender punya Wifi connection
    Selepas guna Wifi Extender punya Wifi connection

    Sama je kan? Tapi Signal wifi kita lebih stabil dan kuat selepas menggunakan Wifi Extender ni.

    Jadi kesimpulannya, benda ni cuma melebarkan signal wifi kita sahaja bukan meningkatkan kelajuan internet sama seperti anda duduk berdekatan dengan router anda.

    Benda ni admin baru tahu, mungkin ada yang dah tahu. Rupanya kita perlu gunakan MESH Wifi untuk dapatkan kelajuan internet sama seperti duduk berdekatan dengan router kita.

    Admin baru saja beli TP-Link Deco E4 untuk test. Nanti admin akan share dengan korang result selepas pakai MESH ni. Ok ke tak ok.

  • Latest Security Update & Server Hardening

    Latest Security Update & Server Hardening

    Due to latest reports on ConfigServer Security Firewall (CSF), here the changes:

    1. Enabled IPV6 Firewall
    2. Changing from dhclient to static
    3. Generate swap file
    4. Changing SSH Port
    5. Disabled UseDNS
    6. Stopped and Disabled rpcbind

    Do not hesitate to contact us at [email protected] if you have any problems or questions.

  • Cara Daftar Akaun Amazon Web Services (AWS)

    Cara Daftar Akaun Amazon Web Services (AWS)

    Tentu ramai kat luar sana yang dah tahukan cara daftar akaun AWS ni kan?

    Takpe, ini khas untuk mereka yang masih baru atau tak tahu cara daftar Amazon Web Services ni.

    1.Pergi ke page AWS Console – Signup. Akaun baru biasanya dapat Free Credit atau Free Tier Access untuk produk AWS yang terpilih.

    amazon web services
    Inilah bentuk page AWS Console – Signup tu. Mungkin dia akan berubah mengikut peredaran masa.

    2. Isi email anda di ruangan Email Address. Pastikan email korang masukkan tu adalah email yang sah dan korang boleh buka sebab nak buat pengesahan (verification) selepas daftar.

    3. Password ni pilih yang susah dan panjang sebab ini adalah root access server korang tau. Bermaksud kalau password ni mudah dibuka, habislah server korang sebab ini akses paling utama!

    4. Confirm password ni isi balik password yang sama korang masukkan tadi di ruangan Password. Pastikan sama. Tujuan dia nak pastikan korang tahu dan ingat apa Password korang masukkan dan tak silap taip.

    5. AWS account name ni tak kisah, letak je apa-apa nama. Nama samaran ke, nama projek ke sebab dia boleh ubah dekat account settings nanti bila korang dah berjaya masuk.

    6. Klik continue dan korang akan masuk ke AWS Management Console. Lepas tu jangan lupa buka email korang tadi, dah sahkan email korang supaya akaun korang dapat akses penuh menggunakan service dan produk AWS ni.

    AWS Management Console
    Beginilah rupa dia AWS Management Console tu. Recently Visited Services tu kosong untuk akaun baru.

    7. Sebelum nak gunakan apa-apa servis atau produk AWS ni, korang kena lengkapkan detail korang dekat Billing Management Console terlebih dahulu. Kalau tak korang tak dapat guna apa-apa.

    Ini Billing Management Console dia. Korang boleh lihat penggunaan produk dan servis dia kat sini. Berapa yang bakal korang kena bayar.

    8. Lepas tu tengok menu tepi sebelah kiri tu tekan payment method dan masukkan kad debit atau kad kredit dekat situ. Tekan Add a card. Jangan risau, AWS takkan telan duit korang selagi korang tak guna servis atau produk dia. Untuk pengesahan akaun, dia cuma caj beberapa sen je (biasa tak lebih 1 dollar).

    9. Admin dulu mula-mula leceh juga masa nak masukkan kad ni sebab banyak kad reject. Last-last admin guna kad MAE by Maybank2u admin, baru dia terima.

    Siap! Itu sahaja 9 langkah yang korang kena buat untuk daftar atau buka akaun Amazon Web Services ni.

  • Moved to Singapore EC2 Co-Location Server!

    Moved to Singapore EC2 Co-Location Server!

    Great news! We have moved all our websites including our client websites to the new Singapore EC2 Co-Location server hosted by Amazon Web Service.

    We also would like to tell you that we have using OpenLiteSpeed and CyberPanel, the fastest server and web panel in the world, due to high CPU usage on the old server. Any migration will not affect any files or storage.

    openlitespeed
    See the maximized performance

    For email services, please do not hesitate to contact us here if you have any problem when using it.

    Thank you for you support!

  • Cara Print Screen PC Anda Dengan Cepat & Mudah

    Cara Print Screen PC Anda Dengan Cepat & Mudah

    Cara print screen PC sebenarnya mudah sangat!

    4 Step ringkas, mudah dan cepat.

    cara print screen pc
    Print Screen PC Anda
    1. Tekan button Prt Sc pada keyboard anda
    Keyboard Prt Sc
    Cuba cari kat keyboard button Prt Sc

    2. Buka apa-apa software paint yang ada di PC anda. Paint yang kat windows tu pun boleh.

    Paint Apps Windows 10
    Software Paint Windows 10

    3. Tekan button Ctrl dan V dan siap!

    4. Save format anda suka JPG, PNG dan lain-lain.

    mudahkan cara print screen PC?

    Cara Print Screen Browser atau Website?

    Jika anda guna Google Chrome, ikut cara dibawah:

    1. Pasang extension GoFullPage – Full Page Screen ni.
    2. Tekan add to chrome button biru untuk pasang.
    3. Lepas pasang, kat tepi belah kanan atas sebelah 3 titik bertindih (setting chrome) anda ada icon camera kecil.
    4. Tekan camera tu dan dia automatik akan capture.
    5. Dia akan buka new tab hasil dia capture tu supaya anda boleh save dalam format PNG atau PDF.

    Ini hasil admin buat!

    Print Screen Web Bluebell Skincare

    Admin juga guna extension ni untuk show off portfolio iaitu hasil kerja admin di bahagian portfolio web admin ni.

  • Kursus WordPress Yang Trusted & Terbaik

    Kursus WordPress Yang Trusted & Terbaik

    Kursus WordPress kalau kita Google memang ada banyak yang buat kursus WordPress

    Ada yang harga bawah RM500, bawah RM1,000 dan ada juga yang atas RM2,000!

    Persoalannya, adakah mereka akan mengajar dengan teknik dan cara yang betul?

    TOP 3 Kursus WordPress Yang Betul Betul Trusted & Terbaik!

    1. Mu Dot My

    Kursus WordPress Mu Dot My
    Boleh claim HRDF tu…

    Mu dot my ni adalah Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

    Senang cite dia ada MOF.

    Sesuai untuk company diluar sana yang nak hantar pekerja belajar buat website atau landing page guna WordPress.

    Sebab apa?

    Sebab boleh claim HRDF.

    Siap dapat Free 1 Tahun Domain Name & Hosting lagi tu.

    Dia juga sangat sangat dipercayai kerana client dia semua dari badan kerajaan dan berkanun.

    Modul pembelajaran dia juga agak lengkap dan bagus serta…

    dia ada support after sales tu!

    Lepas balik kursus WordPress tak faham lagi, boleh minta bantuan dari dorang.

    Bestkan?

    2. Zahid Aramai

    Kursus WordPress Zahid Aramai
    Engineer Petronas pun reti WordPress?

    Ok, yang ni saya kenal sangat mamat ni.

    Dia ni Freelancer. Dia ni agak popular di Group Group WordPress dan dia ni poyo sikit tapi…

    Dia sangat trusted dan skill dia tu terbaik.

    Kenapa saya cakap macam tu?

    Sebab client dia ni oversea aje memanjang. Jarang jarang local customer.

    Maksudnya, kalau orang luar pun percaya pada dia, rasa-rasa korang?

    Skill dia agak mantap dan dia ni juga digelar sebagai “Sifu Kelajuan”.

    Website yang dia buat semua laju laju belaka.

    Korang bakal belajar bina website WordPress yang laju, dan paling penting ikut Web Protocol.

    Dia takkan ajar benda mengarut macam spam backlink untuk naikkan ranking di Google (SEO) dan…

    ajar benda bukan bukan untuk bina website guna WordPress!

    3. Hadee Roslan

    Kursus WordPress Hadee Roslan

    Last but not least, ini pun sangat dipercayai dan terbaik.

    Bukan sebab dia orang kampung den…

    Dia ni salah seorang Moderator dalam Group Kedai Kopi WordPress yang popular di Facebook.

    Dia seorang Freelancer juga, banyak berkongsi ilmu tentang WordPress.

    Mahir bab teknikal, security dan cache iaitu salah satu fungsi untuk lajukan web.

    Dia ni kira otai lah antara 3 ni.

    Otai masih berbisa…haha

    So itu sahaja ulasan saya tentang kursus WordPress yang boleh dipercayai dan terbaik.

    Kalau rasa nak pergi kursus WordPress lain pun takpe, tapi tu lah..

    takut belajar benda yang tak betul..

  • Woocommerce Hack! Add New Menu in Dashboard.

    Woocommerce Hack! Add New Menu in Dashboard.

    Do you have private pages for your customers or users?

    Want to link it at user dashboard in Woocommerce my account?

    Use this code in:

    (How to place the code? Read Woocommerce Hack! Add Content to My Account)

    //add new menu at woocommerce my account dashboard
    
    add_filter ( 'woocommerce_account_menu_items', 'xhanxeli_one_more_link' );
    function xhanxeli_one_more_link( $menu_links ){
        
    	$new = array( 'newmenu' => 'YOUR MENU NAME' );
     
    	// array_slice() is good when you want to add an element between the other ones
    	$menu_links = array_slice( $menu_links, 0, 1, true ) 
    	+ $new 
    	+ array_slice( $menu_links, 1, NULL, true );
     
     
    	return $menu_links;
     
     
    }
     
    add_filter( 'woocommerce_get_endpoint_url', 'xhanxeli_hook_endpoint', 10, 4 );
    function xhanxeli_hook_endpoint( $url, $endpoint, $value, $permalink ){
     
    	if( $endpoint === 'newmenu' ) {
     
    		// ok, here is the place for your custom URL, it could be external
    		$url = site_url('YOUR URL');
     
    	}
    	return $url;
     
    }

    Just change YOUR MENU NAME to your menu name and change the YOUR URL to your page or external url.

    Let me know if the code doesn’t work!

    Good luck.