Loading Now

Puteri Ratu Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca Ni

Puteri Ratu

Puteri Ratu Skincare ni bahaya ke tidak? hmmm…

Itulah pertanyaan yang kerap kali admin dapat di komen blog admin dan juga pengguna social media.

Sebelum kita tahu dia bahaya ke tidak, admin harap korang dah baca Cara Nak Tahu Produk Kecantikan Bahaya & Beracun ni sebab dengan membaca posting tu, korang boleh agak dah produk produk skincare bahaya atau tidak macam mana bentuknya.

Sebelum kita siasat lebih mendalam lagi tentang skincare Puteri Ratu ni, jom kita tengok iklan iklan mereka.

puteri-ratu Puteri Ratu Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca Ni
Aqua mengecilkan liang pori? Dia tahu ke tidak apa Aqua tu?

Aqua ni air. Ya air yang anda gunakan hari hari mandi. Mana boleh mengecilkan malah memudarkan liang pori. False claim ni.

Liang pori tak boleh mengecil ya sebab liang pori ni tak ada otot. Dia hanya boleh tutup dan terbuka. Tutup guna foundation ke apa sampai tersumbat. Last-last muka breakout.

Nampak beno menipunya.

Puteri-ratu-skincare-1024x411 Puteri Ratu Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca Ni
Tahan sampai 24 jam?

Mana ada produk dalam dunia boleh tahan sehingga 24 jam melainkan dia guna silikon atau bahan kekal yang tak boleh hilang dengan cucian atau peluh.

Sumber: Facebook

Ok sekarang jom tengok warna krim dia.

puteri-ratu-skincare-bahaya-ke-tidak Puteri Ratu Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca Ni
Iklan dari Pengedar mereka

Apa yang boleh kita lihat disini? Cuba tengok Senarai Penuh Produk Kecantikan Diharamkan KKM dan lihat semua tekstur krim produk yang telah diharamkan KKM.

Sekali lagi admin ingatkan, tiada kelulusan KKM. KKM tak pernah luluskan mana-mana produk. Nombor NOT tu, bukan nombor kelulusan tapi nombor notifikasi sahaja.

Baca ni Produk Lulus KKM? Ubat Kelulusan KKM? Anda Ditipu!

Anda akan dapat jawapan.

Share this content:

2 comments

comments user
Zila hamid

Assalammulaikum admin.. bole tk nk tahu addar skincare selamat or tak?

comments user
Linda Yusof

Sy pun nk tau addar skincare selamat atau tidak