Apa itu Forex & Forex Trading?

Forex itu adalah singkatan bagi nama Foreign Exchange atau Tukaran Matawang Asing.

Forex trading pula adalah singkatan kepada Foreign Exchange Trading iaitu perdagangan tukaran matawang asing.

Dipendekkan cerita, jual beli tukaran matawang asing.

Contoh, beli hari ni 1 US Dollar RM4.20, besok 1 US Dollar naik RM4.30. Kita jual 1 US Dollar tu, untunglah 10 sen.

US Dollar Forex
Matawang paling popular yang kerap didagangkan oleh Pedagang (Trader)

Adakah Forex menguntungkan?

Sebelum cerita pasal untung, korang kena tahu bahawa setiap perdagangan mempunyai risiko yang tinggi iaitu kerugian modal 100%.

Forex Loss
Ingat! Forex sangat berisiko tinggi dan kehilangan modal 100%.

Tak ramai yang bernasib baik atau berjaya dalam bidang ni dan kebanyakkan yang aca-aca berjaya ni, dia akan show off kemewahan hidup dia di Youtube, Facebook dan social media lain.

Sebenarnya dia tak buat banyak mana pun, tapi dia buat dengan menarik perhatian korang semua join Broker dia melalui link special dia iaitu link affiliate atau kod referral dia.

Setiap kali korang deposit, dia akan dapat komisen %.

Bukan semualah, tapi kebanyakkan. Ada yang self claim masta lah, cikgu lah, lepas tu jual eBook. Sebenarnya yang buat dia kaya adalah korang.

Ok balik pada tajuk tadi. Adakah Forex menguntungkan?

Ya, kena cara dan pandai analisis, anda akan untung berkali ganda!

Sekali lagi saya ingatkan, risiko kehilangan modal adalah 100%.

Online Forex Trading

Ok, yang ni dia tak sama macam saya bagi contoh tadi. Dia ni, korang deposit duit kemudian korang boleh berdagang atau trade pair atau matawang yang korang berminat.

Forex MT5
Perisian atau Software MT4/MT5 yang biasa digunakan oleh Pedagang Forex Online (Online Forex Trader)

Dalam ni ada BUY & SELL. Kedua-duanya boleh menguntungkan kalau analisis korang tepat.

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang Forex?

Daftar percuma di XM!

Kat situ ada berlambak educational video pasal Forex.

Tak payah beli eBook atau join mana-mana kelas “Sifu” Forex kat Malaysia ni.

tengok ni ya…

Login dan pergi menu Research Education

Ini hasil trade saya bulan 5 masa PKP…

P/S: sebenarnya saya dah bertahun trade tapi saya bukan full-time trader. Saya ni on-off trader dan musim trade, saya lebih suka jadi day-trader je.

Trading History di XM

Tips dan nasihat saya…

  1. Fokus teknik analisis asas (Basic technical analysis)
  2. Paling penting belajar dan kenal Candlestick Pattern
  3. Ikut trend, jangan lawan trend
  4. Sabar, sabar dan sabar
  5. Trade ikut margin, jangan tamak
  6. Jangan berhutang buat loan semata-mata nak trade Forex
  7. Gunakan wang lebihan Forex

Itu sahaja… Untung rugi tu lumrah dalam Forex…

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions