Dnars, Tati Skincare & Deeja Cosmetic Bahaya

Dnars, Tati Skincare & Deeja Cosmetic ni hampir setiap tahun telah disenaraikan sebagai produk kecantikan yang mengandungi racun berbahaya. Lihat Senarai Penuh Produk Kecantikan ini.

Kadang-kadang admin rasa pelik, kenapa dan kenapa masih ada orang yang berani menggunakannya. Adakah anda tidak menghiraukan kesihatan anda hanya kerana nak cantik?

Walaupun produk ini sentiasa beriklan di TV, Drama atau Radio sekalipun tidak bermakna ianya tidak bahaya. Anda perlu tahu bahawa FAKTAnya, ada yang 2-3 kali setahun kantoi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mengandungi bahan beracun seperti Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin.

Admin akui, penguatkuasaan dan undang-undang KKM masih lemah saat ini tetapi anda sebagai pengguna haruslah bijak membuat pilihan. Berikut adalah sedikit info mengenai produk Dnars, Tati Skincare & Deeja Cosmetics yang telah diharamkan oleh KKM.

Dnars Skincare
Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) mengandungi Hydroquinone
Dnars Skincare
Dnars Gold Lifthing Serum (Night) mengandungi Merkuri
Deeja Cosmetics
500Deeja Cosmetics Laika Cream mengandungi Merkuri
Deeja Cosmetics
Deeja Cosmetics Yus Cream mengandungi Hydroquinone
Deeja Cosmetics
Deeja Cosmetics Zulai Cream mengandungi Hydroquinone
Tati Skincare
Tati Ultra Treatment mengandungi Hydroquinone & Tretinoin
Tati Skincare
Tati Ultra Night Cream mengandungi merkuri

Sebenarnya ada banyak lagi produk mereka yang diharamkan tapi cukuplah yang ni je admin tunjuk. Selebihnya boleh tengok Senarai Penuh Produk Kecantikan Diharamkan KKM.

Tiada Istilah KKM Uji Produk Fake!

Jangan diperbodohkan oleh penjual. Tiada istilah Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM uji produk fake. KKM mengambil sampel dari pelbagai tempat termasuk HQ produk tersebut.

Jika ada penjual yang mengatakan KKM test produk fake, produk tiruan dan lain-lain, sebenarnya dia sedang menipu korang. Jangan sebab nak cantik, umur baru 30-an buah pinggang kena cuci (dialisis).

Sumber: Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik

🕶 Relax!

Get The Latest KKM Banned List of Cosmetics, Supplement & Medicine Straight to Your Mailbox For Free!

We’ll never send you spam or share your email address.
Find out more in our Privacy Policy.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions