Cara Nak Tahu Produk Ada Merkuri

Cara nak tahu produk ada merkuri ni senang sahaja. Tak perlu susah-susah nak bawa ke makmal sebab produk ada merkuri ni ciri-ciri dia sangat ketara dan mudah dikesan.

Tak perlu nak bakar-bakar pakai sudu padahal cara bakar pakai sudu atau guna emas tu adalah cara yang salah sebenarnya.

Sangat Mudah Cara Nak Tahu Produk Ada Merkuri!

  1. Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.

  2. Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim tu.

  3. Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!

  4. Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.

  5. Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.

  6. Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.

Nak tengok bagaimana rupa krim timbang kilo?

Inilah dia krim timbang kilo! Ha sama tak dengan krim kecantikan you all tengah pakai sekarang ni? Kalau sama, tunggu apa lagi? Buang ke tong sampah sekarang!

krim-timbang-kilo Cara Nak Tahu Produk Ada Merkuri
Berwarna warni dalam bekas 5g kebiasaannya
produk-timbang-kilo-1-1024x576 Cara Nak Tahu Produk Ada Merkuri
Krim timbang kilo dijual ikut berat per kilo (kg)

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!