amazon web services

Cara Daftar Akaun Amazon Web Services (AWS)

Tentu ramai kat luar sana yang dah tahukan cara daftar akaun AWS ni kan?

Takpe, ini khas untuk mereka yang masih baru atau tak tahu cara daftar Amazon Web Services ni.

1.Pergi ke page AWS Console – Signup. Akaun baru biasanya dapat Free Credit atau Free Tier Access untuk produk AWS yang terpilih.

amazon web services
Inilah bentuk page AWS Console – Signup tu. Mungkin dia akan berubah mengikut peredaran masa.

2. Isi email anda di ruangan Email Address. Pastikan email korang masukkan tu adalah email yang sah dan korang boleh buka sebab nak buat pengesahan (verification) selepas daftar.

3. Password ni pilih yang susah dan panjang sebab ini adalah root access server korang tau. Bermaksud kalau password ni mudah dibuka, habislah server korang sebab ini akses paling utama!

4. Confirm password ni isi balik password yang sama korang masukkan tadi di ruangan Password. Pastikan sama. Tujuan dia nak pastikan korang tahu dan ingat apa Password korang masukkan dan tak silap taip.

5. AWS account name ni tak kisah, letak je apa-apa nama. Nama samaran ke, nama projek ke sebab dia boleh ubah dekat account settings nanti bila korang dah berjaya masuk.

6. Klik continue dan korang akan masuk ke AWS Management Console. Lepas tu jangan lupa buka email korang tadi, dah sahkan email korang supaya akaun korang dapat akses penuh menggunakan service dan produk AWS ni.

AWS Management Console
Beginilah rupa dia AWS Management Console tu. Recently Visited Services tu kosong untuk akaun baru.

7. Sebelum nak gunakan apa-apa servis atau produk AWS ni, korang kena lengkapkan detail korang dekat Billing Management Console terlebih dahulu. Kalau tak korang tak dapat guna apa-apa.

Ini Billing Management Console dia. Korang boleh lihat penggunaan produk dan servis dia kat sini. Berapa yang bakal korang kena bayar.

8. Lepas tu tengok menu tepi sebelah kiri tu tekan payment method dan masukkan kad debit atau kad kredit dekat situ. Tekan Add a card. Jangan risau, AWS takkan telan duit korang selagi korang tak guna servis atau produk dia. Untuk pengesahan akaun, dia cuma caj beberapa sen je (biasa tak lebih 1 dollar).

9. Admin dulu mula-mula leceh juga masa nak masukkan kad ni sebab banyak kad reject. Last-last admin guna kad MAE by Maybank2u admin, baru dia terima.

Siap! Itu sahaja 9 langkah yang korang kena buat untuk daftar atau buka akaun Amazon Web Services ni.

Leave a Reply

© Xhanxeli Network (002804898-K) | Privacy Policy | Service Terms & Conditions