Loading Now

Brilliant Skin Kini Diharamkan di Negara Asal

Brilliant skin admin pernah share bahawa ianya telah diharamkan di Malaysia kerana mengandungi racun berjadual. Baca ni Brilliant Skin Bahaya! Sudah Diharamkan KKM.

Terbaru, Brilliant skin Essentials telah diharamkan oleh Negara asalnya iaitu Philippines.

brilliant-skin-1024x576 Brilliant Skin Kini Diharamkan di Negara Asal

FDA Philippines telah memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menggunakan produk ini kerana mengandungi bahan racun berjadual iaitu hydroquinone dan tretinoin.

Kedua bahan racun ini tidak dibenarkan penggunaannya dalam mana-mana produk kosmetik dan dapat menyebabkan iritasi kulit, Kejutan anaphylactic (anaphylactic shock), kegagalan organ, dan menjadikan kulit lebih teruk.

Tiada isu fake ya, admin dah banyak kali cakap produk macam ni tiada fake dan sememangnya beracun lagi bahaya. Masih nak pakai? Silakan. Nanti kulit rosak, jangan mengadu ya.

Share this content:

10+ years Experience in Pharmaceuticals, Supplements, Medicines & Cosmetics. Spread the Awareness & enjoy your healthy lifestyles!