Ainaa Skincare Bahaya Ke Tidak? Baca ni!
Ainaa Skincare bahaya ke tak ni?
Admin baru-baru ni dapat beberapa komen bertanyakan tentang Ainaa Skincare ni.
Ok macam biasa, sebelum kita kaji adakah Ainaa Skincare ni bahaya ke tidak, baca ciri-ciri produk timbang kilo ni dulu:
Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo.
- Krim berwarna warni seperti warna merah, kuning, oren, hijau, biru dan sebagainya. Produk yang natural tidak mempunyai sebarang pewarna. Kenapa produk kilo berwarna? Sebab dia nak tutup warna hitam tu nanti bila dah sebulan dua you gais pakai. Kalau berwarna tak nampak lah warna hitam tu kan? Apa warna hitam tu? Hitam tu adalah merkuri yang bercampur dengan hydroquinone biasanya.
- Berbau wangi untuk menutup bau merkuri. Ya betul, produk timbang kilo biasanya berbau wangi untuk menutup bau merkuri tu. Cuba pergi bau krim Ainaa Skincare tu.
- Tiada alamat pengilang pada packaging produk. Yang ni memang ketara sangat sebab bila Kementerian Kesihatan Malaysia uji produk tu dan ada merkuri atau racun, maka mudahlah founder cakap fake. Ingat ya gais, KKM tidak uji pada produk fake. KKM ambil sample tu dari HQ. Tiada istilah produk fake!
- Packaging kilo semua sama! Ya, produk timbang kilo memang selalu datang dalam bentuk yang sama. Dalam bekas kecil 5g, ada sabun buku, ada krim siang dan krim malam. Yang terbaru, mereka tukar krim malam jadi krim kunyit dan sebagainya.
- Ada kelulusan KKM. Sebenarnya KKM tidak pernah beri sebarang kelulusan pada produk kosmetik. Hanya notifikasi ( Contoh: NOT123456789K) sahaja yang diberikan. Notifikasi tu hanya nombor pendaftaran sahaja bukan nombor kelulusan. Macam SSM, daftar perniagaan lepas tu berniaga benda haram. Jadi nombor NOT ni bukan tanda produk tu selamat. Penjual produk kilo biasanya akan cakap produk dia lulus KKM tetapi sebenarnya tiada kelulusan pun, hanya notifikasi sahaja.
- Tekstur melekit & berkilat. Ini satu lagi ciri-ciri produk kilo. Merkuri mempunyai ciri-ciri berkilat manakala krim jika bercampur dengan merkuri, ianya akan menjadi melekit.
Nak tengok bagaimana krim timbang kilo?
Inilah dia krim timbang kilo!
Buka krim Ainaa Skincare sekarang, dan tengok sama tak dengan ciri -ciri diatas tadi?
Admin dah tengok founder dia pakai di Youtube dan pada pendapat admin, produk dia ni sangat berkualiti!
Sebab apa?
Tengok packaging dia ni.
Sama tak packaging dia dengan produk timbang kilo yang dijual dalam bekas 5g tu?
tak samakan..
Packaging dia lengkap dengan segala butiran dan paling penting produk dia hygiene!
Ok sebab lain admin kata produk dia ni berkualiti adalah….
Website dia!
Website dia mempunyai maklumat penuh mengenai ingredients produk dia. Korang tengok ni ya..
Admin seorang web designer yang berintegriti jadi pada pendapat admin ini kerja orang yang Profesional dan yang penting founder dia nak bawa produk dia ke next level industry!
Ini adalah salah satu produk berkualiti sama seperti Bluebell Skincare dan HAUS. Jangan risau, admin tak Anti-Produk orang kita. Produk yang tiada kualiti dan ciri-ciri serta persamaan dia seperti produk kilo tu, admin nasihatkan korang buang je la.
Guna produk macam Ainaa Skincare ni kalau betul nak support orang kita berniaga.
Selebihnya terserah kepada korang!
Korang boleh jenguk-jenguk website dia Ainaa Beauty ni.
Share this content:
24 comments